Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadhirah mendedahkan hubungannya bersama pelakon, Niezam Zaidi kini telah berakhir apabila masing-masing memutuskan untuk membawa haluan sendiri.
Menurut Nonny, majlis perkahwinan mereka juga telah pun dibatalkan atas persetujuan bersama.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 itu menerusi akaun Instagram dalam titipannya bersempena dengan hari lahir Niezam yang ke-28.
“Happy birthday sahabat. Semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yg baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.
“Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! amin.
“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan,” tulisnya.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada penjelasan yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak berhubung keputusan mengejutkan itu.
Dalam pada itu, Nonny turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan juga Niezam.
“Korang, satu je kitorg mintak, tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yg baik buat masing-masing ya.
“Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang.
“Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua. Untuk dalam masa ni, I reserve my comment. Harap korang faham,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar Nonny dah Niezam kuat menghadapi dugaan ini.
Sumber: Instagram Nonny Nadirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro merupakan antara selebriti yang aktif membantu mangsa yang terkesan akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini.
Terbaru, selepas mengadakan beberapa tinjauan di kawasan, Ajak dikatakan telah bertemu dengan sebuah keluarga yang turut mengalami kerosakan harta benda disebabkan musibah banjir.
Sayu mengenang nasib keluarga berkenaan, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak berbesar hati menghadiahkan sebuah televisyen di rumahnya buat keluarga tersebut.
Kisah tersebut dikongsikan isteri kepada Ajak, Afifah Amin menerusi hantaran di laman Instagram.
“Ni lah laki aku, kalau hati dia terjentik,
dia buat apa jerk. Kita bini nie supportlah, asalkan hati dia senang. Sebab dia macam nie lah, ibu tumpang rezeki Baba atas doa orang kat Baba.
“Terima kasih Baba. Tahniah makcik dapat tv baru,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menurut Afifah lagi, Ajak seorang lelaki yang mudah tersentuh, lebih-lebih lagi bila melihat kesusahan yang terpaksa ditanggung orang lain.
Malah, dia juga akan sentiasa menyokong tindakan suaminya itu dan mendoakan agar keluarga mereka akan sentiasa dimurahkan rezeki.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum dengan keperibadian yang ditunjukkan Ajak.
“Alhamdulillah, terima kasih Ajak sebab bantu family saya dan beri hadiah tv semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
“Allahu, ingatkan beli baru. Benda yang kita sayang, kita bagi dekat orang. Memerlukan. Mulianya, masyaAllah
“Ajak insan hebat. Berlinang air mata sis. Semoga Allah murahkan rezeki Ajak sekeluarga dan dikurniakan rezeki yang tak putus-putus.
“Sayu tengok senyuman mak cik tu. Tahniah dapat gembirakan hati,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Ajak merupakan antara selebriti yang turun padang membantu mangsa yang terkesan akibat banjir sejak dari hari pertama
Sebuah video yang memaparkan Ajak membantu seorang bapa yang sedang mengendongkan anaknya untuk mengharungi arus banjir turut telah tular di seluruh platform media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik popular, Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau lebih mesra dengan panggilan Madammu berkongsi perkembangan terkini proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam ikhtiar mendapatkan cahaya mata.
Menerusi TikTok rasmi Noir, Madammu mendedahkan semuanya berjalan dengan baik.
“Hari ini 19 Mei 2022, Madammu dan TP ada appointment dengan doktor regarding IVF (PGT-A) result. Alhamdulillah keputusan yang baik.
“Dari 17 telur, 12 telur survive dan blastocyst dihantar untuk proses PGT-A (ujian embrio yang dihasilkan melalui proses IVF) dan balance dibekukan.
“Dari 8 blastocyst, 6 survive! 4 baby boy dan 2 baby girl! Tetapi 2 boy tidak normal,” tulisnya.
Jelasnya lagi, proses seterusnya dijangka akan dilakukan pada Julai depan.
“27 Julai 2022 Madammu akan buat transfer! Doakan Madammu supaya semua berjslan dengan lancar!
“Jadi balance 4! 2 boys 2 girls! Alhamdulillah nkfmal dengan gred yang bagus (46),” kongsinya lagi.
Perkongsian berkenaan pantas mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata mendoakan semoga urusan dipermudahkan.
Malah tak kurang yang turut menitipkan doa yang baik-baik buat pasangan usahawan ini.
Terdahulu, namanya menjadi tumpuan lebih-lebih lagi apabila syarikat berasaskan kecantikan halal dan premium, Noir Health & Beauty Sdn Bhd yang diusahakan menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!