Perkongsian terkini daripada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah di akaun Instagram hari ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran beberapa keping foto naik foto beserta video sedang bekerja itu, ramai warganet yang meninggalkan komen, termasuk rakan artis Puteri Sarah Liyana.
Ibu kepada dua cahaya mata itu menulis komen pendek yang disusuli emoji seakan-akan sedih.
“Awak pandai nangis tak,” komen Puteri Sarah yang disambut dengan pelbagai reaksi warganet disusuli dengan ribuan tanda suka.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima hampir 10,000 suka daripada pengguna Instagram.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini