Pelakon jelita, Amyra Rosli dilaporkan mengalami keguguran kandungan selepas beberapa hari disahkan hamil.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Amyra menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Isnin.
Menurut Amyra, dia reda apabila kandungan tersebut tidak dapat bertahan lama di dalam tubuhnya itu.
“Awak singgah sekejap sahaja dalam perut mommy. Lepas itu, awak pergi. Comel la awak ni,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, isteri kepada pelakon Amar Baharin itu turut berkongsi foto keputusan ‘pregnancy test kit’ yang menunjukkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Namun, selepas beberapa hari berselang, Amyra difahamkan sekali lagi mengadakan ujian kehamilan tetapi kali ini keputusannya berbeza.
Bagaimanapun, Amyra tetap positif dan mengaggap belum rezeki buat dirinya untuk menimang cahaya mata ketiga.
“Tiada rezeki. Tak mengapa. Kita fokus rezeki yang ada sekarang. Kita jalani penggambaran dahulu. Let’s go!
“Jumpa Doktor Seri, automatik la kita terus sihat. Aura positifnya sangat dasyat. Terima kasih sister,” kongsinya lagi.
Malah, pada ruangan kapsyen, Amyr turut menuliskan tanda pagar #chemicalpregnancy dan #miscarriage.
Kehamilan kimia atau chemical pregnancy merupakan keadaan di mana keguguran berlaku pada peringkat awal kehamilan sejurus sahaja implantasi berlaku.
Sementara itu, Amar tetap reda dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.
“Allah sebaik perancang untuk perjalanan hidup dan mati hamba-Nya. Percaya pada qada’ dan qadar ketentuan Allah. In sha Allah terjaga iman mommy. Love you sayang. Be strong momy,” tulisnya di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa simpati selain turut memberikan kata-kata semangat buat Amyra sekeluarga.
“Takziah Amyra. Jaga diri,” balas pelakon Ummi Nazeera.
“Stay stromg mommy. In sha Allah ada rezeki lain,” komen Ayda Jebat.
“Dia tunggu di syurga tu dik,” komen Lufya Omar.
“Insha Allah ada hikmahnya,” komen netizen.
Sekadar informasi, Amyra dan Amar berkahwin pada 11 November 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amyra Rosli