Penyanyi, Ariff Bahran tidak berasa hati dengan komen yang diberikan juri Famili Duo musim ke-3, Mas Idayu yang memintanya untuk menurunkan berat badan sekiranya mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian.
Menurut Ariff, apa yang diperkatakan oleh Mas Idayu adalah perkara benar dan berat badannya memang menaik dengan agak mendadak selepas mendirikan rumah tangga.
“Saya okay sahaja sebab memang jelas berat badan saya menaik. Orang ramai mula mengenali saya sejak badan saya masih kurus.
“Namun, bila saya kembali muncul di televisyen selepas mendirikan rumah tangga, ramai nampak yang saya agak berisi. Tiada apapun yang saya nak terasa,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Juara Dusta ini turut mendedahkan dia telah menurunkan berat hampir sembilan kilogram sebagai persediaan sebelum menyertai program Famili Duo 3.
Ads
“Pada awalnya, saya memang sudah menurunkan berat badan untuk bertanding di program ini. Alhamdulillah ia menunjukkan hasil walau sedikit.
“Saya berjaya menurunkan badan hampir sembilan kilogram dalam masa kurang dua bulan. Saya tak makan nasi dan aktif bermain sukan badminton.
“Doakan saya untuk terus turunkan berat badan,” ujarnya lagi.
Ads
Terdahulu, selepas persembahan lagu Gajah Di Balik Batu ketika persembahan kedua di pentas akhir Famili Duo 3, Ajai meminta Ariff untuk menjaga berat badannya demi mendapatkan stamina ketika membuat persembahan.
“Ariff kena lari sikit bagi lemak-lemak itu hilang. Ia tak bagus untuk kesihatan . Sebab itu kamu menyanyi semput,” komen Ajai.
Sementara itu, Mas Idayu pula menambah, penampilan merupakan antara aspek yang paling penting sekiranya seseorang itu mahu bergelar anak seni.
Ads
“Masalahnya, awak adalah seorang artis. Kalau bukan artis, tak mengapa. Nak badan besar pun orang peduli apa.
“Namun, bila nak bertanding dan muncul di atas pentas, kena kecilkan sedikit apa yang kembang,” katanya.
Terdahulu, Ariff bersama sepupunya Haqiem Rusli terpaksa berpuas hati untuk sekadar meraih tempat ketiga di pentas akhir Famili Duo 3.
Tempat kedua jatuh kepada duo adik beradik Adira dan Emma manakala juara pula disandang oleh satu lagi duo adik beradik, Sharif dan Syaiful.
Ketika pusingan pertama, Ariff dan Haqiem berjaya menambat hati juri dengan persembahan sarat emosi menerusi lagu Beribu Sesalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih berstatus solo, Zizan Razak mengakui hatinya gembira apabila melihat pasangan suami isteri balik beraya bersama.
Namun tulisnya di laman Twitter, dia kini dalam dilema apabila kerap menerima kata-kata bahawa hidup solo lebih seronok memandangkan diri bebas untuk berjumpa dan memikat sesiapa.
“Best tengok orang dah kawin balik beraya. Ada anak dan isteri. Tapi orang dah kawin cakap aku “best mung balik kampung single jupe awek mari beraya boleh try” now aku dipersimpangan dan dilema nak kawin ke x ni???!!!,” tulisnya.
Best tengok orang dah kawin balik beraya. Ada anak dan isteri. Tapi orang dah kawin cakap aku “best mung balik kampung single jupe awek mari beraya boleh try” now aku dipersimpangan dan dilema nak kawin ke x ni???!!! 😏😏😏
Penyanyi Kaka Azraff mengakui dia sendiri tidak percaya hari ini, dirinya sudah pun memegang status sebagai isteri orang.
Malah katanya, momen perkenalan dan keputusan singkat yang dilakukan memberi makna besar di dalam hidup, apatah lagi apabila mengenangkan usia yang kian ‘mencemburui kita’.
Bagaimanapun katanya kepada MH, dia bersyukur kerana sepanjang majlis ijab kabulnya semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Saya rasa bersyukur, malah masih tak percaya yang diri ini sudah melangkah ke alam perkahwinan. Ia berlaku dalam masa yang begitu singkat. Tetap alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, terima kasih kepada semua yang terlibat,” jelas Kaka.
Terdahulu, permaisuri hati kepada usahawan, Adam Azriff ini ditemui media sejurus majlis resepsinya yang dilangsungkan di The Property W&S di Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai perkenalan singkatnya lagi, Kaka tidak menafikan dia mengenali suaminya itu sudah lama, tetapi mulai rapat sejak setahun lalu.
“Dia lamar saya pada awal Oktober. Kami rapat sejak setahun lalu tetapi boleh dikatakan lebih kurang tiga minggu saja kami mulai intim,” akui Kaka yang lebih gemar menyifatkan perubahan status secara drastik itu adalah kerana hatinya memang telah terbuka untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya taklah rasa ia dilakukan secara tergesa-gesa. Cumanya memang tidak sangka hati ini sudah terbuka untuk berkahwin.
“Kiranya mungkin doa saya jugalah sebab kalau jumpa orang yang serasi, saya memang nak terus kahwin. Tak nak buang masa sebab ‘usia mencemburui kita’. Jumpa yang betul, terus kahwin,” seloroh Kaka yang kini berusia 29 tahun sementara suaminya pula 24 tahun.
Ditanya mengenai majlis nikah yang dilakukan secara tertutup baru-baru ini, Kaka yang kini hadir dengan single baru berjudul Sibuk menjelaskan ia dilakukan sebagai menghormati keluarga kedua belah pihak.
Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah berkongsi momen cemas sebelum melahirkan anak keempat pada 30 Disember lalu.
Kongsinya, beberapa insiden telah menimpa pelakon itu apabila mendapati adanya lendir berdarah mengalir di bahagian kakinya selepas selesai solat Subuh.
“Genap Seminggu, sudah sampai masa utk Bonda share kisah labour Bonda melahirkan #sucino4
“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Minggu lepas Isnin waktu yg sama skrg kira2 jam 8.15 pagi Bonda telah bersiap2 ke #hospitalpusrawi setelah ada lendir berdarah jatuh atas kaki sejurus Solat Subuh.
“Alhamdulillah Allah rezekikan dpt bertahajud lg pagi tu sblm Subuh.
“Sungguh2 minta pd Allah agar dipermudahkan & dilancarkan proses bersalin sbb masa tu dah start contraction yg agak kuat setiap 7 minit,” kongsinya.
Perasaan gemuruh mulai melanda Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah kerana mengalami kesakitan luar biasa,tidak seperti melahirkan anak-anaknya sebelum ini.
“Sampai hospital @pusrawiofficial dlm 8.50 pg terus ke Emergency ditemani suami tercinta @zulfadhli_khiruddin
Masa tu Allah je tahu perasaan Bonda walaupn dah anak ke – 4.
“Sakit, nervous, takut (sbb ketiga2 anak semua kena paksa induce sampai contraction luar biasa kuat, sakit mcm nak mati rasanya) dlm masa yg sama rasa happy, lega dan bersyukur sbb akhirnya hari yg ditunggu2 dah tiba.. #babySuci akhirnya dah ready nak keluar setelah overdue 13 hari sejak 18 Dec 2019.
“Mujurlah layanan dr semua staff sangat baik, dari staff di kaunter emergency, nurse dan doktor yg check Bonda, membuatkan hati ni rasa lega dan kurang gementar.
“Dan masa yg dinantikan akhirnya tiba. Doktor check bukaan Bonda dan fuhh ALLAHUAKBAR … (BERSAMBUNG) ..
“Kalau sudi nak tahu sambungan kisah labour Bonda, komen NAK. Nanti Bonda sambung semula detik2 cemas Bonda di Hospital.
“Moga jd manfaat buat semua especially ibu2 hamil, yg tunggu masa nak melahirkan juga bakal2 ibu.. In shaa Allah,”akhirinya.