Usahawan terkenal, Datin Rita Sosilawati menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak ke lima.
Menurut Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari, setelah sekian lama merahsiakan perkara tersebut, dia kini merasakan sudah tiba masanya untuk dia berkongsi khabar gembira itu kepada umum.
“Hari Jumaat yang baroqah ini. Saya ingin mengumumkan yang kini saya sedang hamil 14 minggu. Dah tak boleh nak sorok perut dah,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh anak kepada jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya itu menerusi entri terkini di Instagram.
Tambah Rita lagi, dia juga menyifat segala dugaan yang menimpa dirinya sebelum ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
“Awal tahun 2022 saya keguguran. Memang sedih tetapi dengan doa yang tidak putus-putus, Allah ganti balik rezeki baby untuk saya akhir tahun ini.
Ads
“Percaya pada rezeki Allah. Terima kasih ya Allah. Aku sangat bersyukur pada mu,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Rita turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar proses kehamilan dan melahirkan nanti akan sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah untuk rezeki ALLAH yang sangat berharga ini. Doakan saya dan baby sihat ya sehingga proses melahirkan nanti,” kongsinya lagi.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Rita.
“Alhamdulillah, tahniah buat korang. Semoga Allah permudahkan segalanya buat korang,” komen pelakon, Ozlyn Wati.
“Alhamdulillah, syukur. Tahniah babe. Semoga segala urusan dipermudahkan,” balas pelakon Almy Nadia.
Ads
“Tahniah kakakku,” kata pelakon, Nelydia Senrose.
“Semoga mummy dan baby sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan. Patutlah nampak baby bump Datin Rita,” komen seorang netizen.
Terdahulu, Rita dan suaminya, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah telah mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun yang lalu dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Kaisar Raees, Khalid Rashad, Khaylila Rafaahiyah dan Khalil Rizqullah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datin Rita Sosilawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Jaclyn Victor mengakui dirinya berasa sangat berbesar hati kerana dapat digandingkan semula dengan rakan duet, Lah Ahmad ketika membuat kemunculan istimewa menyanyikan lagu Ceritera Cinta pada malam semi final Muzik-Muzik ke-35 baru-baru ini.
Menurut Jaclyn, lagu ini sudah pun berusia hampir 15 tahun malah dia dan Lah juga pernah bertanding membawakan lagu ini ketika Anugerah Juara Lagu ke-22 pada tahun 2007.
Pada ketika itu, Lah dipertanggungjawabkan untuk menggantikan penyanyi Indonesia, Rio Febrian yang merupakan gandingan asal Jaclyn bagi lagu tersebut.
“Thank you so much @lah_ahmad for being my awesome partner in crime. Always amazing to share the stage with you.
“I believe this song was recorded and released in 2005 when I was a young chiku That’s 15 years ago Mak ai! Lah and I competed in AJL 22 back in 2007. That’s 13 years ago,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Jaclyn turut mendedahkan dia berasa sedikit gementar pada malam tersebut kerana sudah lama tidak membuat persembahan di pentas-pentas besar.
“If anything I was more nervous singing it this time cause, well….. Banyak sebab nya. Umur dah meningkat, anak dah 2, dan seperti biasa la, jantung saya kan selalu laju bila nak naik stage.
“Macam macam lagi la but most of all, it’s because, lama tak nyanyi kot!! I hate you Covid 19!! Engin dah sejuk, nak start balik, takde siapa boleh faham betapa susahnya.
“Anyway, thank you @tv3malaysia for giving us this opportunity to sing on such a huge stage again,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji persembahan Jaclyn pada malam tersebut selain turut meluahkan rasa rindu untuk melihat penyanyi tersebut kembali aktif.
Sumber: Instagram Jaclyn Victor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi meningkat naik, Naim Daniel akhirnya memutuskan untuk memotong rambut kesayangannya yang difahamkan telah disimpan sejak lebih setahun yang lalu.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Naim ada berkongsi stail terbaru rambutnya yang kini dilihat tampil lebih rapi dan kemas.
Foto tersebut nyata menarik perhatian ramai selepas meraih lebih 120,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Rata-ratanya menganggap imej terbaru penyanyi lagu Sumpah ini persis pelakon-pelakon antarabangsa Korea Selatan.
Sebelum ini, Naim pernah berjanji bersama peminat bahawa dia akan memotong rambutnya itu sekiranya lagu terbarunya yang berjudul Purnama trending nombor satu di laman Youtube.
Naim akhirnya mengotakan janjinya itu dengan hanya memotong sebahagian kecil daripada rambutnya.
Sumber: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita Nora Danish, tidak menolak bahawa rutin menghadiri majlis ilmu sejak Mei tahun lalu telah membuka pintu hatinya untuk nekad berhijab.
Menurut Nora, hasrat untuk mengenakan hijab sudah tercetus sejak mencecah usia 40 tahun, namun mengakui ketika itu hatinya masih berbolak balik.
“Rakan baik saya, Betty Rahmad kerap menganjurkan majlis ilmu di kediamannya dan saya biasanya sebulan sekali akan ikuti jika tiada urusan lain. Tetapi apabila pulang saya kadangkala malu terhadap diri sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mendengar ceramah agama.
“Perkara itu sedikit sebanyak menjadi penyebab untuk saya melakukan perubahan ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama rantaian Perang Nasi Dagang di Dewan Bahasa Dan Pustaka pada Selasa.
Selain itu, Nora berkata, penghijrahannya membuatkan ibunya, Salimah Talib menangis dalam kesyukuran selain memintanya untuk terus kekal istiqamah.
“Ramai yang mendoakan perkara ini sebelum ini tetapi saya belum bersedia nak berikan komen. Ini kerana saya pun masih baharu dan bimbang dituduh riak.
“Saya pun masih belajar dan perlahan-lahan untuk menjadi muslimah lebih baik. Saya sedang cuba kerapkan diri untuk hadirkan diri ke majlis agama untuk dapatkan ilmu.
“Ibu adalah orang pertama yang terkejut dan menitiskan air mata apabila melihat perubahan ini,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai reaksi bekas suaminya, Nedim Nadzri, Nora berkata, lelaki tersebut turut terkejut dan memuji langkah baiknya ini.
“Saya memakai tudung pada hari selepas dia masuk wad di sebuah hospital baru-baru ini. Sudah tentu dia pun gembira malah dia turut memuji saya kelihatan cantik mengenakan tudung.
“Pada masa sama, saya ada juga terfikir semua yang berlaku ini adalah satu dugaan untuk saya terutama ketika diuji bekas suami sedang sakit.
“Jadi saya ambil hikmah ini dan nekad untuk berubah,” katanya.
Sebelum ini, penampilan Nora yang bertudung di laman sosial telah mencetuskan tanda tanya ramai sama ada ia imej kekal atau hanya ke majlis ilmu.
Malah, Nora juga lebih selesa untuk tidak menjelaskan mengenai perkara itu meskipun sedar ramai mendoakan perubahan baiknya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti, Da’i Syed tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan semula kes rayuan atas dakwaan kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun...