“Awalnya Nak Jadi Violinist,” – Menangis Tak Mahu Gesel Violin, Ernie Zakri Lebih Ke Arah Nyanyian

Share

Penyanyi Ernie Zakri mendedahkan bahawa selain menyanyi, dia juga pernah terlibat dalam bidang muzik,violin.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Ku Bersuara itu lebih ke arah nyanyian berbanding menggesel violin.

“Awalnya dulu nak jadi violinist, tapi minat tu tak berapa mendalam

😂 I did it because my mom wanted me to be a musicians.

“Ended up I menangis taknak belajar dah because I just want to sing,” kongsinya.

Malah, Ernie bersyukur kerana kedua ibu bapa memahami dirinya.

“I was so lucky (still am) sebab mama papa sangat memahami jadi mereka suruh saya stop,” tulisnya.

Dalam perkembangan lain, pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri merupakan salah seorang artis yang bakal membuat persembahan bersempena Konsert Karya Agung Pak Ngah bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Selain Ernie, Syamel,Adira dan Rojer turut membuat persembahan di samping Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 14 dan 15 November ini di Istana Budaya.

Foto: Instagram Ernie Zakri

Published by
MH