Bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan ada berkongsi status di Instagramnya baru-baru ini.
Status tersebut berkaitan hal rumah tangga yang melibatkan tugas suami dan isteri dalam sebuah alam perkahwinan.
“Lelaki yang terbaik adalah yg paling baik dgn ahli keluarganya dan seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita solehah,” kongsi Abu di statusnya.
Bagaimanapun, segelintir netizen menanggap bahawa status tersebut tidak bersesuaian dengan imej lelaki terbabit.
Semuanya gara-gara dia sebelum ini pernah terpalit dengan kisah sensasi melibatkan rumah tangga.
Meski PU Abu sudah memberikan penjelasan dan semuanya sudah pun selesai, namun masih ada yang seakan-akan tidak boleh menerima.
Berikut antara komen yang ditinggalkan menerusi posting berkenaan.
Terdahulu, Abu menceraikan talak satu ke atas Ain Afini ketika sarat hamil tujuh bulan pada 13 Mac lalu.
Lalu, Abu memilih untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal, Hana Azraa.
Foto:Instagram Abu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Masih Demam, Batuk, Sakit Tekak,” – Sukar Untuk Bernafas, Faye Kusairi Maklum Positif Covid-19
Pelakon, Faye Kusairi memberitahu dia kini sedang menjalani tempoh kuarantin selepas disahkan positif Covid-19, sejak semalam.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan khabar berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut pelakon berusia 34 tahun ini, dia mengalami gejala seperti demam, batuk serta selsema dan sakit tekak.
Jelas bintang kelahiran Sarawak ini lagi, dia turut alami sakit kepala dan kesukaran bernafas.
“Salam everyone. Semalam saya tewas dan basically this is my second day quarantine as a confirmed case.
“Keadaan saya inshaAllah ok. I’m still having fever/chills, coughs, sorethroat, flu, headaches and difficulty breathing at time,” tulisnya.
Faye bagaimanapun berdoa moga seluruh ahli keluarga dilindungi selain mengharapkan dirinya diberikan kesembuhan.
“Tolong doakan saya pulih sepenuhnya dan doakan juga ahli keluarga saya dijauhi dari Covid19 especially my kids.
“So far they are all well dan covid negative. Hanya saya saja dapat keputusan positif,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Faye telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Azmi Hatta pada tanggal 9 April 2017.
Faye dikurniakan sorang anak lelaki yang diberi nama Alif Azmi, 2 dan Asha Azmi yang telah dilahirkan pada 15 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Faye Kusairi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cheta Potpet Makin Viral, Iras Ifa Raziah? – “Ramai Tak Tahu, Saya Lebih 10 Tahun Menyanyi, Single Sulung Jadi Bukti.”
Lebih 10 tahun terlibat dalam dunia perniagaan, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pengasas Secret Desire, Cheta Potpet sebenarnya terlebih dulu turut aktif dalam nyanyian selain pernah bergelar ‘mak andam’.
Cheta Potpet, 35, atau nama sebenarnya, Rozita Baharom berkata, pengalaman yang kutip bersama kumpulan Tribute Crew menjadi penggerak buat dirinya untuk meneruskan minat menyanyi dengan menghasilkan single sulung, Aku Yang Kau Mahu.
“Saya bermula dari bawah sebenarnya, bukan secara tiba-tiba berada pada kedudukan sekarang. Sekitar 2012 pada usia 21 tahun, saya aktif buat persembahan bersama ‘live band’ yang dikenali sebagai Tribute Crew.
“Waktu itu selain berjinak-jinak dalam dunia nyanyian, saya kerap juga buat mekap atas sebab minat. Sajalah cari duit lebih kerana saya jenis yang kuat kerja, suka cari duit. Ada masa, saya juga uruskan soal jual beli kereta.
“Kalau nak cakap pasal hinaan dan caki maki, jangan cakaplah. Macam-macam saya pernah kena. Tapi bila dikenangkan, itulah yang jadi sumber kekuatan. Sebabnya saya percaya, selagi kita berusaha insyaAllah akan ada hasilnya. Orang luar mungkin boleh ‘judge’ tapi mereka tak kenal kita 100 peratus.
“Dalam fasa itu saya kemudian berkenalan dengan suami, Aaron Lee dan beliau yang banyak beri dorongan untuk fokus, beralih dalam bisnes kecantikan. Syukur jalan yang dipilih menjadi asbab rezeki saya sehingga ke hari ini, alhamdulillah” katanya.
Mengulas mengenai single sulungnya itu pula, anak keempat dari lima beradik ini menjelaskan ia dirakam hampir dua tahun lalu.
“Lagu Aku Yang Kau Mahu dihasilkan bersama Aepul Roza dan saya turut terlibat dalam penghasilan lirik. Lagunya berentak ‘fast’ dan rasanya genre itu serasi dengan tone suara saya. Sudah pun ada di YouTube Rusa Music dan hingga kini menerima lebih 52,000 tontonan.
“Tak sangka juga kerana saya bukanlah siapa-siapa dalam industri seni. Lagu pun tak keluar radio tapi tontonan boleh cecah puluhan ribu. Syukur sangat. Mungkin kerana ‘branding’ nama itu sendiri selain dapat sokongan pengguna Secret Disire juga.
“Jadi sekarang adalah masa sesuai untuk saya kembali berkongsi mengenainya. Kalau boleh, saya mahu Aku Yang Kau Mahu ini didengari lebih ramai pencinta muzik. Sebab saya tahu, saya mampu menyanyi dengan baik dan lagu itu pun ‘cathy’. Sayang kalau disia-siakan.
“Mungkin percubaan pertama saya ini ada yang terkurang. Tapi saya optimis sebab daripada situ kita boleh kenal pasti apa yang boleh kita tambah baik. Insya-Allah selepas ini saya rancang untuk terbitkan single kedua pula,” katanya lagi.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pengasas kosmetik yang hanya buat lagu tangkap muat demi publisiti, Cheta bersikap terbuka.
“Itu mungkin cara masing-masing. Terpulang dan rasanya peminat kini bijak menilai. Saya sendiri bertahun-tahun ada pengalaman menyanyi secara ‘live’. Malah lagu pertama saya itu pun dibuat kerana minat yang bukan dibuat-buat. Saya memang boleh menyanyi.
“Kalau tak percaya, saya boleh sahut cabaran, nyanyi secara langsung. Sebab mungkin akan ada yang kata, saya guna ‘auto tune’ 100 peratus bagi suara lebih sedap. Benda itu memanglah ada, cuma banyak atau tidak sahaja. Tak percaya dengarlah lagu tu dan nilaikan,” katanya.
Terbaharu, namanya turut viral gara-gara mempunyai iras wajah penyanyi Ifa Raziah hingga ada yang anggap mereka adik-beradik
“Lama dah orang bercakap, wajah kami macam lebih kurang. Tahun lalu saya dan Ifa ada bertemu tapi waktu tu belum rapat lagi. Cuma masing-masing dah perasan, raut muka nampak macam sama.
“Bila dapat bekerjasama dalam satu projek tahun ini, barulah kami mulai rapat dan saya bagi saya, Ifa wanita kuat yang komited juga tegas. Dia tahu apa yang dia buat. Persamaan kami pun banyak.
“Tapi tidaklah bermakna saya nak tumpang glamor dia. Masing-masing ada personaliti sendiri. Hanya ada satu sahaja Ifa Raziah dan Cheta Potpet. Kalau wajah iras, ia hanya kebetulan. Kata orang, pelanduk dua serupa,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Love And Respect Yourself,” – Setiap Insan Berhak Untuk Dihargai, Ini Luah Lufya Omar
Penyanyi, Lufya Omar berpendapat setiap orang berhak untuk berasa dihargai dan disayangi orang lain.
Menurut Lufya, setiap ujian dan cabaran yang berlaku dalam hidup menjadi satu pengajaran yang terbaik dalam kehidupan.
“Life is hurtful, messed up & gets complicated at the worst of times.
“Sometimes the things that hurt us are the things that make us more stronger and wiser. Be the better version of u!
“Dalam hidup ini tak semuanya indah seperti yang diceritakan dalam buku cerita dongeng yang selalu dibacakan oleh ibu dan ayah kita yang melayan kita seperti bidadari.
“Masa kita kecil ibu bapa melayan, menjaga dan membesarkan kita bagaikan seorang puteri.
“Segala kemahuan ibu dan ayah usahakan walaupun kadang2 tak tertanggung oleh mereka sendiri.
“Kesimpulannya di sini setiap insan berhak untuk dihargai dan disayangi seperti mana kami dibesarkan,” kongsinya.
Ibu tunggal beranak satu ini juga turut menasihati ramai agar menyayangi diri sendiri.
“Anda yang menentukan kebahagiaan anda sendiri. Lakarla kehidupan yang baik untuk diri sendiri.
“Kadang terlalu memikirkan orang lain, kita lupa untuk membahagiakan diri sendiri.
“Be wise, think wise and act wise. Love and respect yourself .Love,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Terdahulu, Lufya dan bekas suami Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura, 2.
Bagaimanapun, pasangan ini telah berpisah pada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Lufya Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI