Mathni Razak berdepan situasi cemas apabila pejabatnya yang terletak di Kajang, Selangor hampir dirompak.

Kejadian berlaku pada pagi 1 Syawal lalu.

Mathni menerusi Harian Metro menjelaskan, dia menyedari perkara itu selepas terdengar bunyi barang terjatuh.

“Saya bersama keluarga memang habiskan masa sepanjang malam sehari sebelum raya untuk menyediakan kerepek dan beberapa barang jualan.

“Jadi, kami berada di sana sehingga pagi dan sempat tidur sebentar sebelum Subuh. Lebih kurang jam 7.30 pagi, saya terdengar bunyi seperti ada benda terjatuh dan agak kuat,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Menurut bintang Degup Cinta ini lagi, dia melihat kelibat dua lelaki lengkap bertopeng dan bersarung tangan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pejabat.

“Pada awalnya, saya ingat mereka adalah polis yang membuat rondaan. Namun, saya rasa berasa ragu kerana ada tindak tanduk mereka yang nampak mencurigakan.

“Apabila saya perhatikan, mereka memecah masuk ke pejabat yang terletak di tingkat bawah. Saya terus menghubungi polis dan pada masa sama, meminta bantuan rakan yang tinggal berhampiran.

IKLAN

“Tiga kali saya cuba menghubungi polis, namun masih belum ada sebarang tindakan. Jadi, saya terpaksa bertindak dengan menghentak dinding apabila mereka sudah mula naik ke tingkat atas dan akhirnya melarikan diri,” akuinya.

Mathni juga menjelaskan disebabkan itu, dia menghabiskan hampir keseluruhan sambutan hari pertama Aidilfitri untuk membuat laporan polis.

Malah, situasi hampir sama juga pernah berlaku sebelum ini kira-kira dua tahun lalu.

IKLAN

“Polis tiba di tempat kejadian sekitar jam 9.30 pagi. Saya tak pasti sama ada ini tindakan wajar atau tidak.

“Risau juga sebab dalam tempoh dua jam itu macam-macam boleh berlaku contohnya, saya sekeluarga termasuk anak yang masih kecil mungkin boleh disamun dan dicederakan,” katanya.

Mathni turut berkongsi, dia banyak menghabiskan masa di pejabat yang dijadikan sebagai pejabat virtual untuk mereka yang baru memulakan perniagaan selain tempat menjalankan perniagaan makanan dan bundle.

Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Mathni Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI