Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, 65, bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat pelaburan yang didakwa gagal membayar dividen selain memulangkan semula wang pelaburan kepadanya.
Jamal memberitahu dia juga sudah melantik peguam bagi menuntut hak yang sepatutnya.
“Sekarang ini saya sudah lantik peguam.Peguam pun sudah membuat semakan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan bukti telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
“Sebenarnya kes itu saya tak boleh hurai lanjut. Cuma apa yang boleh katakan ialah, saya ada buat pelaburan, tapi sebelum itu saya sudah periksa dekat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara. Memang ada syarikat itu.
“Awalnya saya melabur RM1 juta dan mendapat pulangan sebanyak 12 peratus setahun. Selepas itu saya masuk lagi RM1 juta jadi RM2 juta.
Ads
“Tempoh matang lima tahun tetapi malangnya tahun ketiga itu dia (syarikat pelaburan) sudah tidak bagi dah. Pelbagai alasan diberikan termasuktidak dapat memberi pulangan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika penularan wabak COVID-19),” katanya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Azura itu difahamkan, syarikat berkenaan bukanlah ‘scammer’.
“Untuk keselamatan, saya pasang peguam untuk saman mereka. Bukan saya sahaja terkena, ramai juga pihak lain terlibat.
Ads
“Ini bukan scam sebab syarikat itu memang wujud dan masih berjalan. Sekarang semuanya dalam proses, pihak sana juga berhubung melalui peguam saya. Zaman sekarang ini mahu buat apa-apa kena berhati-hati,” dakwanya lagi.
Terdahulu, pada awal 2018, Jamal Abdillah diperkenalkan oleh seorang ejen kepada satu skim pelaburan dan dijanjikan pulangan 12 peratus setahun.
Ads
Antara 2018 sehingga 2020, Jamal membuat empat kali pelaburan dengan melaburkan sejumlah RM2 juta dalam syarikat berkenaan.
Namun, katanya, sehingga hari ini, syarikat pelaburan berkenaan gagal membuat pembayaran dividen bagi pendapatan tahunan secara menyeluruh dan secara langsung sudah melanggar perjanjian dan terma yang sudah dipersetujui.
Sebelum ini juga, Jamal menerima satu memo bertarikh 4 Januari 2023 yang dikeluarkan oleh syarikat pelaburan menyatakan sudah tiada keupayaan membayar pulangan sasaran tahunan pelaburan kerana keuntungan syarikat terjejas disebabkan penularan COVID-19.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang muda, Ariff Bahran mengakui hubungannya dengan wanita yang bekerja dalam produksi penerbitan sudah putus sejak Mac lalu.
Memberikan penjelasan tersebut menerusi Harian Metro, penyanyi dan komposer muda itu menyifatkan hubungannya dengan wanita yang dikenali lebih setahun lalu itu tiada jodoh.
“Saya reda dan terima ketentuan apabila hubungan kami tidak dapat bertahan lama. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk saya terima keputusan ini dengan berlapang dada.
“Saya perlu positif dan lakukan perkara yang lebih penting iaitu berusaha dengan lebih baik untuk mengembangkan karier nyanyian,” katanya seperti yang dipetik.
Enggan berkongsi punca perpisahan, penyanyi lagu Kata Akhirmu dan Juara Dusta itu menambah, selepas episod putus cinta itu, dia kini sibukkan diri dengan kerja selain mahu membina nama dalam industri hiburan.
“Buat masa ini saya ingin memberi sepenuh fokus untuk membina nama dalam industri seni nyanyian dan menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.
“Saya masih muda dan perjalanan saya masih panjang. Lagipun saya bakal lancarkan single baharu berjudul Usah hasil ciptaan saya dan Sufian Suhaimi bulan ini.
“Selain itu, saya juga sudah ada beberapa perancangan untuk karier seni seperti mencipta lebih banyak lagu balada yang menjadi jiwa saya selain berhasrat untuk menerbitkan album mini,” akhirinya.
Dia sebelum ini kian meraih tumpuan selepas bersaing dalam program Big Stage musim pertama.
Pengacara Nabil Ahmad dan isteri Nazirah Ayub sabar menanti detik menimang cahaya mata ketiga mereka, tidak lama lagi.
Momen indah itu dikongsikan pengacara MeleTOP di Instagrammya.
“One more month to go yea. Alhamdulillah these 8 months going smooth sgt. Hopefully after baby is out pun smooth mcm ni. Lepasni, berjaga malam balik la kita yea..
“Macam biasa, kita take turn. Benda2 macam ni x boleh buat main, boleh jadi Hal woooooo. Sape lagi bulan 4, ? sikit!!,” tulisnya.
Untuk rekod,Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.
Dalam perkembangan lain, Nabil menggalas tanggungjawab selaku pengacara Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) yang akan bergandingan dengan Neelofa dan Jihan pada 21 April depan.
Foto:IG Nabil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!