Seperti semua sedia maklum, hubungan diantara penyanyi, Raja Syahiran bersama pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad kini bukan lagi rahsia.
Malah, baru-baru ini, Uyaina turut mendedah dia telah menerima sebentuk cincin daripada pihak keluarga Syahiran sebagai tanda merisik.
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada hari ini, Syahiran dilihat telah memuat naik sebuah entri sebagai tanda aprisiasi buat wanita-wanita yang amat bermakna buat dirinya.
Selain ibunya, posting berkenaan turut ditujukan kepada Uyaina dan juga buat bakal ibu mertuanya.
Jelas penyanyi lagu It’s A Trap itu lagi, dia sejujurnya berasa sangat bertuah kerana telah dikurniakan tiga orang wanita yang menjadi tulang belakang di dalam hidupnya selama ini.
“Don’t wait for someone to bring you flowers. Plant your own garden and decorates it with your beautiful soul.
“Happy International Woman’s day to my backbone. Im lucky to have three,” tulisnya.
Sejurus selepas melihat perkongsian tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Uyaina.
“Awhh… Thank you, love,” balasnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis teruja melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga segala urusan Uyaina dan Syahiran ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.
Sumber: Instagram Raja Syahiran
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alahai Bapak…,” – Elfira Loy Kongsi Cara Suami Dodoikan Anak, Ramai Terhibur!
Terdahulu, pelakon Elfira Loy telah selamat bergelar ibu dan melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal 1 Oktober lalu.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy ada berkongsi satu rakaman video yang merakamkan aksi si suami, Faris Khairul Anuar sedang mendodoikan anaknya.
“version dodoikan anak bila mengantuk vs bila tak mengantuk. Alahai bapak @fariskanuar . #zoomathisface,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, peminat turut memuji suami Elfira yang bersikap penyayang terhadap si permata hati.
Untuk rekod, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris pada 1 Januari lalu.
Video: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Yang Selalu Ingin Lihat Saya Bahagia” – Nora Ariffin Ampunkan Segala Dosa Arwah, Jenazah Akan Dikebumi Bersebelahan Pusara Bapa
Mengampunkan segala dosa arwah anak keduanya, Mohd Syakir Alif yang telah pergi buat selamanya, Nora Ariffin menyifatkan Alif sebagai seorang anak yang baik dan sentiasa ingin melihat dirinya bahagia.
Penyanyi ini turut memaklumkan bahawa jenazah akan dikebumikan di Bukit Kiara bersebelahan kubur arwah bapanya, Johan Nawawi.
“Saya ampunkan segala dosa anak saya.
Selama 20 tahun, tidak pernah meninggi suara kpd saya.
“Tiap2 hari dia akn bertanya kabar saya.
Anak yg selalu ingin lihat saya bahagia.
Alif pergi jumpa papa ye? Rehatlah disana.
“Semoga Allah tempatkan Alif bersama org2 beriman.
Al- fatihah.
“Jenazah akn disembahyangkan di masjid kg tunku around 3pm. Akan dikebumikan kubur bukit kiara, berhampiran dgn papanya, arwah Johan Nawawi.
“In Shaa Allah mlm ni Lepas isyak tahlil di Masjid Kg tunku #salamterakhir, Al-Fatihah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Menerusi perkongsian sebelum ini, penyanyi Hanya Satu ini turut menyatakan jenazah anaknya akan menjalani bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Salam takziah buat Nora Ariffin dan keluarga.
Foto : Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebagai Anak Sulung, Saya Tak Boleh Kompromi Hal Nyawa,” – Ujian Azharina Sebelum Konsert Di Australia, Bapa Kena Serangan Jantung
Penyanyi Azharina Azhar yang bakal mengadakan konsert konsertnya, Live In Melbourne, Azharina Azhar pada 28 Mei ini mengakui pada awalnya dia pernah berhasrat untuk membatalkan persembahan.
Perkara itu susulan bapa yang telah diserang sakit jantung kritikal hujung April lalu.
Hati penyanyi Elegi Sepi itu jadi berbelah bahagi hingga memaksa dirinya menunda tarikh asal persembahan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 7 Mei lalu.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana selepas berbincang dengan penganjur konsert termasuk pihak pengurusannya, Currizy Popz di sana, 28 Mei diputuskan sebagai tarikh baharu.
“Saya sepatutnya terbang ke Melbourne pada 30 April. Tapi hati jadi tak senang dan gundah dengan keadaan kesihatan bapa. Tambah pula dia dimasukkan Pusat Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Sabah. Dia juga melakukan pembedahan jantung.
“Sebagai anak sulung, saya tak boleh berkompromi hal nyawa. Dia satu-satunya bapa saya dan memang tiada galang ganti. Soal konsert atau apa saja boleh difikir kemudian. Malah saya pernah terlintas nak batalkan saja konsert mini itu.
“Tapi saya tidak boleh mementingkan diri. Justeru, saya memohon pertimbangan penganjur dan syarikat pengurusan untuk menunda tarikh konsert mini itu. Mujur mereka memahami dan akhirnya saya terbang ke Melbourne 19 Mei lalu,” katanya.
Juara Bintang RTM 2001 itu pada masa sama akui, hasratnya untuk melawat bapa di Sabah tidak kesampaian.
“Dijadikan cerita, tiket penerbangan semua habis. Syukur keadaan bapa semakin okey. Ibu tiri yang banyak mengemas kini keadaanya kepada saya. Bapa pun tak mahu susahkan saya balik bertemunya.
“Malah bapa suruh saya fokus kepada anak dan persiapan konsert yang ditunda itu,” katanya lagi yang kini sibuk mempromosikan konsert mininya itu yang akan berlangsung di 333 Swanston Street Melbourne City Conference Centre.
Azharina juga memaklumkan, dia turut menerima jemputan persembahan di lokasi sekitar.
“Sejak sampai di Melbourne, jadual saya memang ketat. Ada majlis tertutup seperti makan malam dengan klien kena dihadiri. Malah ada promosi dan majlis impromptu yang saya kena hadiri membabitkan komuniti Asia di sini.
“Termasuklah promosi di stesen radio dan penerbitan akhbar di sana. Saya ke sana pun umpama strategi serampang dua mata. Selain tumpuan untuk konsert mini, saya juga mahu melebarkan saya perniagaan yang boleh diteroka.
“Ada juga majlis raya yang hanya menuntut kehadiran saya semata-mata dengan bayaran istimewa. Tak ketinggalan ‘busking’ impromptu dengan ‘Bob Marley King’ di Camberwell, Victoria. Pendek kata mereka sangat menyokong saya,” katanya.
Berkongsi lanjut, Azharina memberitahu setakat ini tiket konsert itu sudah 85 peratus terjual.
“Saya bangga menjayakan konsert mini ini kerana penganjurnya orang Melayu yang bawa artis pertama dari Malaysia membuat persembahan di Melbourne. Kebetulan saya mengenali mereka.
“Memang ada yang cakap kenapa artis suam-suam kuku macam saya. Kenapa bukan artis gred A lain dari Malaysia? Kebetulan, rezeki itu dapat kepada saya.
“Yang beli tiket persembahan saya kebanyakan orang Borneo dari Asia yang sangat menyokong. Malah mengejutkan saya diberitahu ada orang Indonesia, Singapura dan mat salih pun membeli tiket,” katanya.
Azharina dijangka menyanyikan enam ke lapan buah lagu pada persembahan berkenaan yang akan berlangsung dua jam bermula 3.30 petang waktu tempatan.
“Antara lagu wajib tentunya Elegi Sepi, Rawan, Seandainya dan lain-lain. Saya hanya akan menyarung sepasang saja persalinan rekaan Zamzuri Ali.
“Saya ke sana sendirian. Tapi setibanya di sana ada tujuh ‘entourage’ yang setia menemani saya termasuklah jurusolek,” katanya yang akan pulang ke ibu kota pada 4 Jun depan.
Sekembalinya di Malaysia dia akan sibuk pula dengan konsert keduanya tahun ini di Melaka dijangka berlangsung Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI