“Ayah Bawa Teksi Besarkan Kami 7 Beradik, Mak Kerja Pejabat,” – Datin Seri Nur Shahida Dedah Wajah Orang Tuanya, Pohon Doa Kebahagiaan Dunia Akhirat

Share

Mengakui sering ditanya netizen, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida akhirnya berkongsi sekeping foto kedua ibu bapanya buat tatapan umum.

Menuat naik foto dua insan tersayang itu menerusi plaftorm Instagram beberapa hari lalu, Shahida antara lain turut berkongsi kenangan indah di zaman kanak-kanaknya.

“Ramai orang tanya mak ayah saya…ni la mak dan ayah saya…x ada mereka x ada lah saya….kalau tanya perangai saya ikut perangai siapa saya pun x tahu campur2 lah agaknya…ada sikit ambil perangai ayah sikit ambik perangai mak.

“Dulu ayah saya bawa teksi membesarkan kami 7 beradik…….saya seorang perempuan…biasa sebelum dia keluar bawa teksi pagi2 dia dah susun duit belanja sekolah atas TV ambik la sorang satu…sekarang ni paling rajin telefon saya (hari2 telefon tanya khabar) risau sungguh dia dgn saya) hari2 saya cakap saya ok je jgn risau…saya baik2 sahaja.

“Mak saya pula kerja pejabat…pagi2 sebelum kerja dia akan masak dulu untuk anak2 makan sampai la dia balik kerja nanti…….gitulah jadi mak ayah kan sekarang masa saya pula jadi ibu jaga anak2……bukan senang nak besarkan anak2 zaman sekarang….mcm2 pengaruh,” tulisnya.

Pada masa sama, usahawan ini turut mendoakan kesejahteraan buat mereka bergelar ibu dan bapa.

“Semoga semua ibu bapa kita diberi kesihatan yg baik dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat,” doa Shahida.

Kini sedang hamil lagi, Shahida dan Aliff Syukri mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan telah pun dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, setahun.

Keduanya turut mengambil seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

Foto: Instagram Datin Seri Nur Shahida

Published by
MH