“Ayah Dia Mana? Tak Pernah ‘Up’ Pun?,” – Individu Ini Persoal Ketiadaan Bung Mokhtar, Ini Jawapan Padu Zizie Izzete!

Share

Tidak dinafikan, pelakon cantik, Datin Seri Zizie Izzete tidak lekang dari berkongsi momen indahnya bersama anak-anak tersayang.

Sama ada ketika di dalam atau pun di luar negara, ibu kepada tiga cahaya mata ini pasti tidak lokek untuk berkongsi saat indah sekeluarga di platform media sosial.

Bagaimanapun, menerusi salah satu postingnya di Instagram, ada pengguna media sosial yang secara ringkas bertanya kepada Zizie, mengapa jarang untuk berkongsi foto sama suaminya, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin di Instagram.

“Ayah dia mana tak pernah up pun bosskur,”? tanya individu tersebut.

Lalu, selang beberapa ketika pertanyaan tersebut mendapat reaksi Zizie dengan menyatakan tidak perlu untuk kongsi foto bersama suami selalu kerana dia tahu, tak semua orang suka.

“Ada je selalu. Tak payahlah nak tunjukkan sangat. Kongsi di Instagram pun bukan semua orang suka,” tulis Zizie memberikan reaksi.

Sekadar mengimbas, Zizie dan suaminya Bung Mokhtar yang juga merupakan seorag ahli politik itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk pasangan kembar lelaki.

Zizie dan Bung juga turut menjaga dua anak angkat.

Foto: Instagram Zizie Izzete

Published by
MH