Suami kepada penyanyi dan pelakon, Lufya Omar iaitu Dr Che Hafiz tampil menjelaskan situasi berhubung dakwaan dibuat isterinya sebelum ini yang mendakwa dia tidak mahu berjumpa anak mereka, Laana Haura.
Jelas Dr Hafiz, perkara itu tidak benar dan jelasnya, tidak ada bapa yang tidak mahu bertemu dengan darah dagingnya sendiri.
“Ayah mana taknak jumpa anaknya sendiri. Dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.
“Saya juga menasihati Lufya agar lebih elok jika di bulan ramadan ini untuk fokus kepada perkara yang lebih baik seperti tingkatkan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta daripada membuat cerita yang tidak benar terhadap saya,” katanya.
Ujar pemilik nama lengkap Che Muhammad Hafiz Che Baharum itu lagi, perkara tersebut boleh menimbulkan spekulasi yang salah kepada masyarkat.
“Jika perkara tersebut adalah benar kenapa tidak selesai dengan cara yang lebih wajar seperti terus berhubung dengan saya.
Ads
“Perkara sebegitu adalah berbentuk perihal peribadi,” katanya yang turut menambah, dia tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara berkaitan kerana mahu memberi fokus terhadap situasi semasa ketika ini.
“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas panjang akan tuduhan yang tidak benar itu.
“Banyak lagi perkara penting yang perlu saya fokus seperti tugasan yang melibatkan peranan kita yang perlu bersatu padu dalam isu berkaitan pandemik Covid-19.
Ads
“Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa yang membuat spekulasi kerana mereka tidak tahu akan perkara yang sebenar terjadi melainkan kami sesama keluarga sahaja yang tahu.
“Apa yang penting, Allah tahu hati saya,” ujarnya.
Terdahulu, Lufya, menerusi sebuah portal hiburan, menzahirkan rasa terhadap Dr Che Hafiz kerana dikatakan sudah hampir setahun tidak menjenguk anak mereka.
Ads
Menerusi pendedahan terbabit, Lufya berkata dia bukan mahu mengeruhkan keadaan, sebaliknya menjelaskan kedudukan sebenar kerana ada dakwaan mengatakan suaminya tidak diizinkan bertemu anak.
Difahamkan, kali terakhir dia berkomunikasi dengan suaminya pada November tahun lalu untuk menjemputnya hadir pada majlis hari lahir Laana yang kedua.
Bagaimanapun, katanya suami tidak datang kerana sibuk. Malah, Lufya memberitahu dia tiada masalah memberi izin suami berjumpa anak mereka.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini mencecah usia lebih dua tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin mendedahkan jenama maskara yang diusahakan bersama adik-beradiknya di bawah jenama Kekasih by The Melvins, sudah pun enam bulan berada di pasaran.
Mengakui bukan senang untuk mendapatkan hasil terbaik, isteri kepada aktor Shaheizy Sam ini mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui bersama Syifa, Syida dan kakaknya, Syafiqa Melvin.
“Dah 6bulan mascara #hijabmatakekasih launching tapi sampai harini duk obses xhabeh lagi.
“Hanya kmi berempat saja yang tahu mcmana struggle susahnya nk dapatkan formula yg terbaik.
“Bergaduh, bertengkar, terasa hati jgn cakap lah. Setiap produk nk keluar mesti gaduh! Tp lepas tu ok balik. Adik beradik kan, air dicincang takkan putus.
“Kalau org luar mulut jahat mungkin boleh putus, tpi bukan dgn adik beradik.
“Setelah ber round2 test, hantar kilang then kilang hantar balik lepastu pulangkan balik kat kilang, sampi puas hatiZ Boleh tengok sendiri laa result kt bulu mata mcmana bila pakai, hmm terbang weh!,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengumumkan mengenai kejutan yang bakal dibuat menjelang Syawal nanti.
Meski ditimpa pelbagai dugaan kehidupan, namun ia tidak pernah mematahkan semangat penyanyi Azharina untuk meneruskan kehidupan.
Terbaru, Azharina atau nama sebenar Azharina Azhar telah memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu telah berkongsi rasa syukur bersama peminatnya kerana dia dikurniakan anak-anak yang menyayangi dirinya meski dia ditimpa dengan pelbagai dugaan kehidupan.
“Asalamualaikum . Syukur Alhamdulilah Ya Allah … kau berikan aku Cinta kasih sayang dari Dua Anak anakku yang menyayangiku”
“dan setiap hari tidak lupa mencium , memeluk , mengadiahkan aku bunga seperti setiap hariku adalah hari aku jatuh cinta pada kasih sayang mereka yang tiada penghujungnya dimataku Dan hatiku…”
“Allah Maha kaya dan Adil…Dia berikan aku anak anak yang penyayang dan membahagiakan aku . Terima kasih Ya Allah.”kongsi Azharina.
Terdahulu, Azharina mempunyai dua orang anak angkat bernama Rahmat Azharin Aziz dan Rizkie Azharin Azhar Abdullah.
Bagaimanapun, umur Rizkie tidak panjang kerana telah pulang ke rahmatullah pada 28 Mac 2017 di Hospital Putrajaya kerana pendarahan otak, buah pinggang yang rosak dan darah mempunyai asid yang tidak sesuai.
Di samping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Elegi Sepi itu telah kehilangan bapa angkat, Rashidi Sabri pada 27 Mac yang lalu.
MH juga turut mendoakan kepada Azharina untuk terus cekal dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.
Dalam perkembagan lain, bintang ini bakal membuat persembahan secara eksklusif menerusi Konsert Azharina Queen of Soul pada 29 Jun depan di Royale Theatre Shah Alam.
Video : Instagram Azharina Azhar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Macam anak dara! Itu perkataan pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat penampilan terkini Datin Seri Zizie Izette.
Dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik, rutin gaya hidup sihat yang diamalkan Datin Seri Zizie bukan saja berjaya mengubah penampilannya dari segi fizikal bahkan kelihatan lebih ceria dan penuh stamina.
Ramping Di Usia 44 Tahun! Ini ‘Rahsia’ Zizie
Tak dinafikan dalam usia 44 tahun kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini kekal mempersona.
Malah sejak berkahwin dan mempunyai anak, aura Datin Seri Zizie makin berseri-seri. Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya hari ini.
Daripada perkongsian Datin Seri Zizie di Instagram miliknya, memang nampak perubahan ketara isteri Dauk Seri Bung Moktar Radin ini.
Yang pasti, hasil usaha keras workout dengan trainer berpengalaman di gimnasium membuahkan berhasil kerana dia kini tampil lebih muda, sihat dan langsing.
Rajin WORKOUT Dan Senaman Adalah Kuncinya!
Buktinya, gambar terbaharu Datin Seri Zizie yang lengkap berpakaian sukan meraih perhatian peminat dan rakan artis. Rata-rata mereka memuji penampilannya yang ‘glowing’!
Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti masyarakat beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Bukan hanya dikagumi kerana keperibadian diri bahkan kehidupan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang serta keprihatinan Datin Seri Zizie menjaga kebajikan pembantu rumah turut menjadi perhatian.
Suatu ketika dulu, personaliti ini pernah menarik tumpuan peminat apabila turut membawa lima pembantu rumah pergi bercuti bersama anak-anak.
Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan ibunya, Siti Salmah Bachik kini berangkat untuk menunaikan ibadah Haji, pagi tadi.