
Terdahulu, pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi atau sinonim dengan panggilan Pak Nil berduka cita atas pemergian abang tersayang, Azharnim Haji Nawawi baru-baru ini.
Kongsi Pak Nil, arwah abangnya itu telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, Selasa lalu.
Baru-baru ini, pengacara berusia 56 tahun itu ada membuat ‘Live’ di akaun Instagram seterusnya meluahkan rasa sedih atas kehilangan abang tercinta.
Menurut Pak Nil, abangnya itu telah meninggal dunia berpunca kesan daripada tabiat merokok.
Lalu, bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia itu memberi nasihat dan menyarankan agar semua perokok untuk berhenti merokok.
“Pak Nil nak bagi tahu semua, berhentilah merokok. Ayah Pak Nil pergi sebab merokok, abang Pak Nil dua orang pergi sebab merokok. Tolonglah kesianlah adik-adik, mak ayah.
“Kalau boleh berhenti, berhentilah. Sekarang Pak Nil rindu dengan abang Pak Nil,” luah Pak Nil.
I think i should spread out this message especially u!! Yes u!!!😭😭😭 pic.twitter.com/Acs9oD4ghl
— ~~~🙄 (@e_nuyn) September 18, 2019
Dalam pada itu, rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh Pak Nil.
Video: Twitter e_nuyn
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kritikan Itu Bagus Agar Kami Tak Syok Sendiri,” – Shuib Teruja Dol’s Podcast Kini Ada Ramai Peminat

Pelawak dan usahawan popular, Shuib teruja apabila progam podcastnya, Dol’s Podcast tercalon dalam kategori Program Digital Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted (GMWA) 2024.
Menurut Shuib, ini antara pengiktirafan terbesar memandangkan program ini baru sahaja dimulakan kurang setahun lalu.
“Ini adalah kategori pertama yang diperkenalkan oleh Gempak Most Wanted untuk program podcast. Kami juga merupakan program podcast yang baru sahaja bermula enam bulan yang lepas.
“Bila diberitahu yang kami ini top 5, takkanlah kami tidak gembira. Rasanya seperti hari raya dan kami sangat seronok,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, seorang lagi pelawak, Mamat Sepah turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menunjukkan sokongan terhadap Dol’s Podcast sehingga berjaya sampai hingga ke tahap ini.
Dikatakan antara finalis favourite untuk memenangi kategori tersebut, Shuib enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
“Janganlah bagi kami harapan. Ini semua berbalik kepada penonton, pendengar dan peminat Dol’s Podcast. Hasil undian mereka yang meletakkan kami di sini.
“Jawapan siapakah yang akan bergelar kita akan tahu pada malam kemuncak nanti. Sama-samalah kita tunggu,” ujarnya.
Kontroversi Matangkan Dol’s Podcast
Meskipun pernah terpalit kontroversi, Shuib menyifat kritikan netizen merupakan antara pemangkin semangat buat Dol’s Podcast untuk terus menghasilkan konten-konten yang bermanfaat buat masyarakat.
“Kritikan adalah satu perkara yang bagus dalam apa sahaja yang kita lakukan. Kita tidak akan syok sendiri. Ia juga akan menjadi petunjuk kepada kita tentang perkara yang boleh dan tidak boleh untuk dilakukan.
“Kami memang memerlukan kritikan yang membina. Saya akui Dol’s Podcast memang menerima banyak kritikan sejak awal tapi anda boleh milihat sendiri bagaimana kami menyerap kritikan tersebut untuk menjadikan kami lebih baik.
“Kami terima dan perbetulkan apa yang salah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shuib turut memaklumkan Dol’s Podcast bakal memperkenalkan sebuah program baharu yang berkisarkan tentang kisah paranormal.
“Kami akan menghidangkan sesuatu yang baharu kepada para penonton kita. Ketika ini, kita ada segmen baharu iaitu Dol’s Podcast Paranormal.
“Ini merupakan sebuah program yang berbeza. Jadi, kami akan terus berusaha untuk menghasilkan kandungan-kamdungan menarik buat peminat, pendengar dan penonton Dol’s Podcast,” akhirinya.
Terdahulu, GMWA2024 yang dihoskan trio pengacara Sherry Alhadad, Sean Lee dan Amelia Henderson bakal berlangsung pada 23 Febuari ini bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Acara ini bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“4 Tahun Sebagai Kekasih, 3 Tahun Halal. Fuh 7 Tahun…,” – Nora Danish Rai Ulang Tahun Perkahwinan Di Rumah, Harmoni Isi Masa Dengan Anak-Anak

Pejam celik pejam celik, hari ini genaplah usia perkahwinan pelakon popular, Nora Danish dan suami, Mohammad Nedim Nazri yang ke tiga tahun.
Sempena hari bermakna itu, Nora ada memberi dedikasi khas buat suaminya itu di laman Instagram.
Menurut Nora, dia berterima kasih kepada Nedim kerana selalu bersabar dan sentiasa memberikan semangat saat dirinya bersedih.
View this post on InstagramA post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on
“Happy 3 years baby! 4 years as bfgf + 3 halal, fuhhh 7 years you mengadap I sayang…hahaha.
“Thank you my love for putting up with my mood swings and for always lifting up my mood when I feel down.
“Susah task tu! But you handle it well hehe. Lagi-lagi tengah MCO ni gosh,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Bukan Cinta Malaikat itu turut meluahkan rasa syukur kerana dapat menyambut ulang tahun perkahwinan bersama-sama anaknya meski hanya di rumah.
“Im actually running out of words to say because for almost 14 days we mengadap muka each other 24/7, complement each other, cook together, pubg together, tik tok je belum.
“We are lucky too because on our anniversary this year we have all of our kids here with us. Syukur Ya Allah.
“Now, here’s to growing old together, hand in hand, being each other’s partner in crime.
“Happy anniversary dear husband . I love you so much & I still adore you sama macam masa we first met. InsyaAllah we celebrate again next year. Love ya daddy Neyney.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan semoga pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Nora dan Nedim telah diijab kabul pada tanggal 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim, 2 tahun.
Nora turut mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Bukan Senang Nak Suka Terhadap Seseorang Perempuan,” – Redza Rosli

Pelakon, Redza Rosli,28, memilih untuk terus pandang ke depan dan menerima segala apa yang berlaku dalam sisi peribadinya sebelum ini sebagai penguat semangat.
Malah pemilik nama lengkap Ahmad Redza Rosli ini turut menyifatkan kini dirinya lebih matang.
“Setiap apa yang terjadi mungkin boleh terjadi pada orang lain juga. Bagi saya, kita tidak boleh lari daripada segala yang telah ditetapkan atau ditakdirkan.
“Apa yang saya letakkan pada diri, hidup perlu pandang ke depan. Saya tidak kisah apa yang orang nak cakap fasal saya kerana hanya saya yang tahu dan nilai diri sendiri.
“Saya terima dengan hati terbuka, buat saya lebih kuat dan matang untuk teruskan kehidupan,” katanya kepada MH.
Kini sibuk di lokasi drama rantaian terbaru lakonannya, Juliet untuk siaran RTM terbitan Zeel Production, Redza pada masa sama juga terbuka mengenai soal siapa jodohnya selepas ini.
“Saya sebenarnya tak minat sangat nak bercinta, sebab saya bukan senang nak suka terhadap seseorang perempuan.
“Saya tidak kisah soal siapa jodoh di masa depan sebab itu semua ketentuanNya. Lagipun bagi saya apa yang terjadi adalah sebab Dia nak uji sejauhmana hambaNya bersyukur.
“Mungkin Allah uji saya dengan kesusahan, untuk buatkan saya agar lebih berusaha.
“Mungkin juga Allah uji orang lain dengan kesenangan untuk melihat sejauhmana hambaNya bersyukur dengan apa yang ada,” katanya.
Ditanya mengenai dirinya kini rapat dengan mana-mana wanita ketika ini, Redza menjelaskan dia lebih selesa berkawan terlebih dahulu.
“Saya lebih suka berkawan dulu. Belum sedia nak bercinta, bagi saya ia buang masa nak suai kenal ni. Maksud saya macam ‘malas’.
“Daripada saya nak bercinta dengan orang lain, lebih baik saya ‘bercinta’ dengan keluarga sendiri,” jelas Redza lagi.
Sementara itu menerusi Juliet yang mempunyai 26 episod itu, Redza memegang watak sebagai Ashraf.
“Saya pegang watak sebagai Ashraf, anak tunggal yang disayangi. Bagaimanapun saya tidak tahu, bapa saya berkahwin dua dan mungkin saya punyai adik-beradik lain.
“Daripada situlah bermulanya konflik yang berlaku di dalam keluarga ini. Misalnya dari segi perhubungan, perebutan harga dan sebagainya.
“Saya teruja dengan drama ini sebab ia ada gandingan sama pelakon baru dan lama. Malah setiap kali mahu terima tawaran berlakon itu, saya lebih suka lihat kepada watak dan jalan ceritanya dulu.
“Soal memilih pelakon untuk digandingkan itu tidak, cuma saya memilih untuk sentiasa bekerja dengan orang baru. Mungkin daripada situ saya dapat ilmu serta pengalaman baru juga.
“Jika bergandingan dengan pelakon baru misalnya, saya tidaklah kedekut ilmu sebab ilmu yang saya dapat pun daripada pelakon senior juga seperti Zul Huzaimy, ibu Fauziah Nawi dan ramai lagi.
“Jadi ilmu yang saya ada, saya kongsikan misalnya kepada Rita Nadira semoga kami senang untuk kerjasama dalam drama ini.
“Biar masing-masing rasa selesa,” akhiri Redza yang bakal le lokasi drama Tak Sumpurna Mencintaimu untuk siaran Akasia juga terbitan Zeel Production selepas ini.
Juliet yang turut membariskan pelakon hebat lain seperti Rita Nadira, Rozita Che Wan, Haliza Misbun, Azza Elite, Sofia Ibrahim, Louisa Chong dan ramai lagi ini diarahkan oleh Datuk Ahmad Tamimi Siregar.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI