Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dia menjadi individu paling gementar apabila anak pertamanya, Siti Aafiyah Khalid melakukan persembahan menerusi konsert piano pertama yang disertainya.

Meski baru berusia empat tahun, Aafiyah menjadi peserta termuda dan sebagai ibu, Siti tidak dapat lari daripada mempunyai perasaan yang bercampur baur.

“Hari ini Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya. Ibu bila teacher @illypianoacademy kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic (ibu je over thinking sebenarnya).

“Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited. Hari ini ibu rasa sebak mula-mula tengok Aafiyah perform.

“Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik-lentik jari tu (Ada gayaa kata Ayah),” kongsinya.

Siti memuat naik sedutan persembahan video anak tersayang di Instagram.

Ads

“Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.

“Tq teacher @illypianoacademy yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye..Tahniah untuk majlis hari ini,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, peminat dan rakan artis turut sama tumpang gembira seterusnya menitipkan ucapan tahniah.

Ads

“MasyaAllah, well done Aafiyah,” tulis Rosma.

“Dulu saya main lagu ni pun tak lepas. Sampai ke hari ni tak lepas. Apakah dosa aku pada piano ni. Belajar tak pernah masuk,” seloroh Sharnaaz Ahmad.

“Eyyy geramnya dia tu! Pastu habis perform paut kat lengan cikgu segan-segan. Tahniah budak bijak,” coret Hanis Zalikha.

Ads

“Bravo Aafiyah! Ke mana pula tumpahnya kuahkan?,” komen Datin Seri Tiara Jaquelina.

“Paling muda… Bijaknya,” respon Sharifah Shahira pula.

Sehingga kini hantaran berkenaan hampir menerima 100,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI