Pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew kebelakangan ini sering berkongsi keadaan kesihatan bapanya yang kurang sihat.
Difahamkan, Ebit ketika ini sedang menjaga bapanya yang dikenali sebagai Ibrahim Lew di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM).
Ibrahim terpaksa ditahan di wad kira-kira sejak beberapa hari lalu selepas status kesihatannya merosot.
Sambil meminta ramai agar mendoakan kesejahteraan bapanya, Ebit di dalam satu perkongsian memberitahu bapanya kali ini mahu mendirikan solat secara duduk.
Malah dia turut berkongsian keperibadian bapanya sebagai pendiam tetapi penyayang.
“Pohon doakan buat ayah saya yer. I love you bapak. I love you. Dapat solat dengan ayah nikmat sangat besar. Saya kata ayah boleh solat atas katil jer. Katil ni boleh naikkan sikit.
“Dia kata saya nak solat atas kerusi. Beginilah kami semenjak saya kecil. Rindu nak peluk bercakap dan nak tengok ayah sihat.
“Ayah saya ni pendiam orangnya. Jarang bercakap tapi penyayang sangat. Walau muka serius. Ingat lagi tengah duduk rumah ayah bawa balik kereta mainan bentuk mercedes. Kereta control.
“Saya masa tu happy sangat. Berlari-lari saya. Kadang bila beli durian. Ayah beli satu guni. Masa kecil kami tunggu ayah buka durian. Rindu masa tu. Dan kadang beli ayamas. Makan bersama.
“Benarlah saat bersama keluarga walau sekejap ialah anugerah Allah terindah hidup ini. Ia tak dapat dibeli dengan wang ringgit,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dikongsikan Ebit bersama pautan video solat bersama bapanya itu di Instagram.
Jelasnya lagi, dia sekarang turut sudah mengerti amanah bergelar bapa dan mendoakan kesihatan bapanya ke hadrat Illahi.
“Dulu masa remaja saya ke luar negara belajar. Setiap 2 hari tulis surat pada ayah. Arwah Mak kata setiap malam ayah ambil surat tu dan baca. Bila saya tanya dulu apa rahsia ayah kuat dan macam tak pernah sakit.
“Dengan dapat cium tangan ayah jer dah rasa semangat dalam hidup. Nikmat cium tangan ayah. Sentuhannya. Jawabnya saya kan ‘ayah’
“Sekarang bila dah jadi ayah. Baru saya tahu maksud perkataan itu. Menjadi ayah ini nikmat dan tanggungjawab. Saat kita diuji. Saya selalu cakap dengan syukur saya kena kuat saya kan ayah. Saya kan suami. Saya kan hamba Allah.
“Dia pilih saya dari 12 tahun untuk kerja khidmat ini. Inilah takdir hidup saya. Saya tidak akan berhenti kerana selepas dunia ini ada kehidupan akhirat. Selamatnya. Kita dibalas atas setiap apa kita lakukan didunia.
“Ya Allah berilah kekuatan dan semangat pada ayah. Kekuatan pada kami. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah. Benarlah kaulah pemilik dunia dan segalanya.
“Tidak akan menimpa apapun dalam hidup kami melainkan apa yang kau tentukan,” tulisnya panjang lebar.
Meninjau ke ribuan komen yang ditinggalkan, rata-ratanya meluahkan rasa sebak dan terharu atas perkongsian yang dibuat.
Malah, kebanyakannya juga turut menitipkan ucapan serta doa semoga kesihatan bapanya kembali baik seperti biasa.
Perkongsian tersebut sehingga kini sudah pun menerima lebih 1 juta tontonan.
Foto: Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI