Pelawak dan pelakon, Achey berkongsi perjalanan membesarkan anak angkatnya, Tiara Zinnirah yang disifatkan sebagai ruang untuk dicurahkan kasih sayang.
Dalam pada itu, dia turut menzahirkan penghargaan buat Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Langat yang sentiasa mengambil berat dan memudahkan urusan proses mengambil anak angkat.
Jelasnya, ujian ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai buat insan sepertinya.
“Semoga Warga JKM hulu langat sentiasa dalam lindungan Allah.. terima kasih sentiasa ambil berat tentang perjalanan tiara zinnirah.
“Hari ini dapat bertemu lagi dengan mereka semua dan akan terus berurusan dengan mereka sehinggalah tiara besar.
“Kepada pasangan yang bertanyakan proses ambil anak angkat..ada yang mudah ada yang tidak, yang mudah itu rezeki mereka.
“Yang tidak seperti saya anggap semua ujian Allah untuk kita tambah pengorbanan atas rezeki anak yang di kurniakan.
“Yang bagusnya kita dapat pengalaman yang tak ternilai atas usaha kita.. serta berkenalan dengan ramai orang.. kita baru sorang.. mereka di JKM?
“Beribu orang untuk di proses.. tugas kita berat.. tugas mereka 5,6 kali ganda beratnya.
“Saya buat Untuk siapa? Untuk diri sendiri dan kasih sayang yang dahulunya tak tau mana nak pegi..kini Allah sediakan ‘ruang’ untuk di curahkan.
“Ayah sayang awak tiara zinnirah nasir bte abd haq. #bintangmamaayah,” kongsi Achey.
Sekadar imbasan, Achey mendirikan rumah tangga dengan Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak sepuluh tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada Mei 2018.
Foto : Instagram Achey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI