Pelakon dan pelawak asal Kelantan yang sinonim menerusi sitkom Salam Pantai Timur, Abe Jali dilaporkan sudah meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, awal pagi semalam.
Abe Jali atau nama sebenarnya, Mohd Idris Berahim, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.00 pagi pada usia 58 tahun.
Memetik laporan Berita Harian, Abe Jali sebelum ini telah dimasukkan ke hospital Jumaat lalu selepas diserang angin ahmar buat kali kedua.
Sementara itu, anak Allahyarham, Nur Atiqah Idris, 23, memberitahu, dia berada di Melaka ketika dimaklumkan bapanya sudah meninggal dunia oleh ahli keluarga.
Atiqah kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Ads
“Sepatutnya tiga hari lagi saya pulang ke kampung kerana sedang menduduki peperiksaan akhir semester ketika ini.
“Setiap kali pulang, ayah sentiasa pesan supaya saya belajar rajin-rajin dan kali terakhir jumpa ayah ketika Aidilfitri lalu,” katanya seperti yang dipetik, hari ini.
Mek Som Berahim iaitu kakak sulung kepada arwah juga memberitahu, Allahyarham adiknya itu kelihatan lemah ketika dia hadir melawat, menyebabkan keluarga mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital.
Ads
“Ketika mahu menyuap dia makan, dia bercakap pun sudah tidak jelas, badan pun nampak tidak bermaya jadi kami bawa ke hospital.
“Tengah malam tadi, arwah lelah sebelum kami memanggil doktor dan sahkan dia meninggal dunia di dalam wad Bendahara,” ujar wanita berusia 64 tahun itu.
Ads
Arwah Abe Jali berada dalam keadaan uzur selepas diserang angin ahmar selain menghidap turut menghidap kencing manis sehingga kaki kanannya dipotong hingga paras lutut Julai tahun lalu, seperti yang dilapor media.
Arwah yang pernah terlibat dalam program Salam Pantai Timur sekitar tahun 2007 turur bergiat aktif sebagai pengacara majlis dan persembahan dikir barat.
Allahyarham meninggalkan dua anak hasil perkahwinan pertama iaitu Nur Atiqah dan adiknya, Nurul Asyikin, 17. Al fatihah dan salam takziah
Foto/Sumber: Astro Awani, Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rahsid mendedahkan dalam kesemua tempoh hamil yang dilalui, pengalaman mengandungkan anak bongsu, Raudhah berbeza berbanding sebelumnya.
Ini kerana, ibu kepada lima cahaya mata itu menjelaskan berat badannya hanya naik sekitar 15 kilogram sahaja berbanding 25 kilogram sebelum ini.
Perkara tersebut dikongsikan Shahida menerusi Instagram.
“Ni gambar pregnant Raudhah..banyak2 ni lah yg bila mengandung x naik banyak sangat.. 15kg je naik.
“Kalau sebelum2 ni sampai 25kg naik badan…Raudhah pun keluar comel je 2.8 kg….Bila pregnant sindrom malas nak melawa pun datang,” tulisnya yang turut gemar tanpil ringkas sepanjang berbadan dua.
“Jadi mmg suka pakai tudung sarung @dhaja_hq ni..sebab elok je kat muka terletak.
“Sampai ampai sekarang sindrom malas lilit tudung tu x hilang sebab dah naik syok sarung2 je tapi cantik,” jelas Shahida.
Sekadar info, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
Foto: Instagram Datin Seri Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di Insta Stories, pelakon Fattah Amin dilihat sedang berbual mesra dengan kanak-kanak di sebuah sekolah.
Dilihat cukup bijak mengambil hati, pelakon popular ini turut mengambil kesempatan berkongsi perihal perkembangan kerjayanya kepada kanak-kanak ini sambil berswafoto.
Bagaimanapun, tindakan seterusnya cukup menyentuh hati apabila mengajak kanak-kanak lelaki turut sama bersolat bersama selain menjadi imam.
“Rapatkan saf. Pandai sangat nak solat. Ni dah ambil wuduk belum?”
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Pandainya Fattah melayan kanak-kanak. Menurut Fattah kepada MH, dia dan Fazura sudah bersedia menerima cahaya mata sekiranya ada rezeki. Sama-sama kita doakan.
Foto – Instagram Fattah Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjelaskan dia lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa setiap kali membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Menurut Siti, segala...