Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkunjung ke kediaman Allahyarham Siti Nur Surya Ismail di Telemong, Terengganu baru-baru ini.

Prihatin atas nasib yang menimpa keluarga arwah, Ebit dilihat mengisi masa dengan menziarahi ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam itu.

Malah, sepotong video pendek yang merakamkan Ebit dipeluk erat bapa Allahyarham, Ismail Muda, 58, sejurus bertemu di Instagram turut menjentik hati wargamaya.

“Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis.

“Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ads

Malah, titipan sama beserta dengan beberapa foto sekitar kunjungan turut dikongsikan Ebit menerusi Facebook, awal semalam.

“Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser.

Ads

“Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah.

“Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat,” tulis Ebit seolah-oleh mengimbas antara perkongsian dari bapa arwah.

Pilu atas apa yang berlaku, Ebit turut menyifatkan betapa berat ujian yang menimpa keluarga berkenaan.

Ads

“Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai.

“Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga,” tulisnya lagi.

Foto: Ustaz Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI