Categories: Uncategorized

Ayam Percik Shaa #PertamaKali, Laku Teruk!

Share

Wah Alhamdulillah murah betul rezeki Shaa sekeluarga yang berniaga ayam percik warisan keluarga di bulan Ramadan.

Kata Shaa, perniagaan ayam percik ini telah dijalankan semenjak dia kecil lagi sehingga kini cuma sedikit berbeza tahun ini apabila Shaa cuba menarik perhatian pengunjung dengan meletakkan bunting  ‘Ayam Percik Shaa #PertamaKali’.

“Bezanya tahun ni, saya cuba tarik perhatian pengunjung dengan meletak bunting ‘Ayam Percik Shaa #PertamaKali’. Sajalah nak test market dan Alhamdulillah, tak menang tangan dibuatnya,” ujarnya.

Menurut Shaa, perniagaannya bertambah meriah setelah menaikkan bunting tersebut dan pengunjung juga turut menegurnya malah ada juga yang mengajaknya untuk bergambar bersama.

“Memang ramai yang perasan apatah lagi setelah saya naikkan bunting, suasananya jadi bertambah meriah,” katanya lagi.

Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari berkata, Ramadan kali ini keluarganya berniaga di dua lokasi bazar yang terletak di Kuala Kedah dan juga Alor Mengkudu, Alor Setar.

Dia berkata lagi bahawa sejujurnya dia amat seronok berniaga kerana sejak di bangku sekolah lagi dia memang sudah didedahkan dengan suasana berniaga di bazar Ramadan dan pasar malam.

Tambah Shaa lagi, dia tidak pernah menjadikan gelaran artis yang dibawa sekarang ini sebagai penghalang untuknya terus berniaga.

“Saya tak pernah pandang title artis akan menghalang untuk saya buat semua ni, sebaliknya rasa lebih teruja,” jelasnya.

Shaa memberitahu ayam percik warisan keluarganya ini juga sudah mempunyai pelanggan tetap di mana ada yang sanggup datang dari negeri Perlis untuk membeli ayam perciknya itu.

“Mungkin sebab kami dah lama berniaga. Malah ada yang datang jauh dari negeri Perlis semata-mata nak merasa resipi ayam percik kami,” katanya lagi.

Semoga perniagaan Shaa dan keluarganya ini akan terus berjaya di masa-masa akan datang.

Sumber: Mstar Online

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

Published by
Izzati Ramli