
Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat berterima kasih atas hadiah yang diberikan suami, Nabil Mahir bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-31 Mac depan.
Nabil membelikan tiket untuk sama-sama menonton konsert BlackPink yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, 4 Mac 2023.
“We’re going to BlackPink! Birthday present awal Ayda Jebat,” tulis Nabil di Insta Stories lalu dibalas kembali isterinya itu.
“Thanks Wuvv (Nabil) belikan hadiah birthday awal,” kongsi Ayda.
Bagaimanapun, harga dan kedudukan mereka pada konsert berkenaan tidak dikongsikan penyanyi yang popular menerusi lagu Mata ini.
Artikel Berkaitan;
Ayda Jebat Ulas Babak Nabil ‘Buang’ Cincin Dalam Muzik Video; “Saya Minta Izin, Bertanya Pada…”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Seperti Ada Yang Fikir, Hanya Beranak Tapi Lain-Lain Maid Yang Buat,” – Datin Seri Zizie Izette

Terdahulu, pelakon Datin Seri Zizie Izette menjadi perhatian apabila dia ada berkongsi mengenai anak-anak serta pengasuh mereka di media sosial.
Terkini menerusi Instagram, isteri kepada ahli politik itu ada memperjelas mengenai pandangan sesengah pihak yang membayangkan bila ada pengasuh, anak-anak kurang rapat dengan ibu.
“Alhamdulillah, anak-anak paling rapat dgn saya walaupun ada yg berpendapat bila mereka ada pengasuh, mereka akan lebih rapat dgn pengasuh & ada juga yg berpendapat, mereka akan ingat pengasuh lah ibu mereka.
“Silap sama sekali andaian mereka itu pd saya. Mungkin bukan kerja saya yg mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan tugas membersihkan rumah bukan juga tugas saya,” maklum Zizie.
Malah, kakak kepada pelakon, Shaheizy Sam itu turut mengakui dia mahu ambil tahu mengenai apa sahaja berkaitan anak dan akan sentiasa bersama mereka.
“Tetapi saya mengambil tau tentang semua perkara dari A to Z berkenaan anak2. Saya sentiasa ada bersama anak2 dan berikan sepenuh perhatian & memupuk kasih sayang secukupnya pd mereka semua.
Saya nak mendidik & lihat setiap perkembangan mereka depan mata saya. Tugas saya adalah lebih besar kerana mereka adalah amanah Allah buat saya sebagai seorang ibu.
“Bukan spt ada yg fikir, hanya beranak tp lain2 maid yg buat. Adoiiihaaii, jauh sama sekali pandangan org tu. #itsnotthateasy #ilovebeingahandsonmother #amanahallah,” tulisnya panjang lebar.
https://www.instagram.com/p/B0fHasPFtuGi76Dvxac83sTyYZoAJOCkYcIJGI0/?igshid=1i4lkfk1ny6pu
Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Terus menerima rezeki zuriat, Zizie menimang cahaya mata ketiga bernama Alisa Bella Izette pada 1 Mac lalu.
Video : Instagram Zizie Izette
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shuib, Pengarah Bubblebee Didakwa Tak Bayar Cukai Perkhidmatan Termasuk Penalti RM1.6 Juta

Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didakwa pada Khamis di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.
Petik Sinar Harian, syarikat minuman dan dua pengarahnya, yang diwakili Shahmira Muhamad (Shuib), 40, dan Koh Choon Guan, 33, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali.
Mengikut semua pertuduhan, semua OKS didakwa masing-masing enam pertuduhan, gagal membayar cukai itu bagi tempoh bercukai 1 Januari sehingga 1 November 2023, sebagai mana ditetapkan bawah Seksyen 26(4) akta sama.
Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) di sini antara 1 April 2023 dan 1 Februari 2024.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(8) akta itu, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikenalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Wan Abdul Rahim Wan Mahamood dan Nur Amalina Ahmad Nazeri sementara semua OKS diwakili peguam, Muhammad Firdaus Shaik Alauddin.
Semasa prosiding, pegawai pendakwa mencadangkan setiap OKS diberi ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan alasan, cukai yang belum dibayar adalah tinggi mencecah jutaan ringgit.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili OKS berkata, anak guamnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa di sepanjang kes ini disiasat selain tiada keadaan mendesak sehingga memerlukan mahkamah menetapkan ikat jamin.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rasyihah membenarkan semua OKS diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Disember depan.
Pada Isnin lalu, Bubblebee, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Elemen Pelancongan Membabitkan Kanak-Kanak Juga Perlu Dipertingkatkan,” – MOTAC Optimis, Boleh Jana Hingga RM77 Bilion Pada 2025

Menjelang tahun 2035, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) optimis bahawa penjanaan pendapatan pelancongan antarabangsa boleh mencecah antara RM47 hingga RM77 bilion menerusi kemasukan seramai 16 hingga 22 juta pelancong antarabangsa.
Malah pada tahun ini sahaja, kerajaan menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong dari luar negara dengan pendapatan sebanyak RM8.6 bilion, menurut menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri.
Tambahnya lagi, sejak sempadan negara mula dibuka, minggu pertama mencatatkan kemasukan pelancong ialah seramai 252,000 orang.
“Kita masih memantau angka kemasukan pelancong dan tidak mustahil apabila negara seperti China dan Jepun sudah membenarkan penduduknya keluar, kita akan mencatatkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong itu nanti.
“Di MOTAC, kita sentiasa mendidik orang ramai bahawa Malaysia adalah negara yang selamat kerana kita sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) malah boleh dikatakan negara kita lebih bersih berbanding sebelum pandemik.
“Ini kerana SOP yang dilakukan, sanitasi setiap tempat dengan kerap, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka masih lagi diamalkan hingga kini,” katanya.
Beliau ditemui ketika merasmikan Kempen Pelancaran Perjalanan Selamat Kanak-kanak Oleh Ola Oli, Ahad lalu.
Objektif kempen itu adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar dan mengelakkan daripada terus berkurung di rumah dengan memperkenalkan makanan tambahan yang diperbuat daripada malt coklat.
Turut hadir pada majlis sama ialah Pengasas Ola Oli dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha.
Nancy berkata, dalam masa yang sama, kerjasama oleh beberapa agensi untuk menggerakkan sektor pelancongan juga amat digalakkan.
“Elemen pelancongan membabitkan kanak-kanak juga perlu dipertingkatkan, justeru saya turut menggalakkan setiap ibu bapa mendapatkan vaksinasi kepada mereka.
“Selain itu, umpamanya makanan tambahan juga penting untuk menggalakkan imunisasi kanak-kanak dengan produk buatan tempatan yang berkualiti tinggi dan pastinya berdaftar.
“Kempen ini dilihat mampu menyuburkan semula budaya ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ yang amat diperlukan pada masa ini, agar aktiviti pelancongan Keluarga Malaysia, dapat dilakukan dengan selamat dan terkawal,” katanya.
Sementara itu, Dr Shasa berkata, formulasi produk SupeOla Immu B+ dibuat bersesuaian dengan selera kanak-kanak yang tidak menggemari produk makananan yang berperisa buah-buahan.
“Objektif kami memperkenalkan Perjalanan Selamat Kanak-kanak adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar rumah serta menjalani kehidupan normal seperti sebelum zaman pandemik bagi menguatkan lagi institusi Keluarga Malaysia dan kembali memeriahkan sektor pelancongan negara.
“Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan itu juga sesuai untuk kanak-kanak yang sudah pun ke sekolah,” katanya.
Sementara itu, Penyanyi, Haiza yang turut hadir memberikan sokongan menyambut baik langkah yang proaktif yang diambil pihak terlibat di dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terus diutamakan meski negara kini sedang berada dalam fasa peralihan endemik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI