Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) telah melabuhkan tirai di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi dengan menyaksikan drama Di Sisi sebagai kategori Drama Terbaik.

Selain senarai pemenang trofi yang menjadi perhatian, jom ikuti 10 corat-coret menarik sepanjang ASK 2019!

1.Pakaian yang digayakan pasangan selebriti popular,Eira Syazira dan Azad Jazmin di karpet merah menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, mereka tampil dengan pakaian bertemkan Black Tie ala-ala batik Jawa atau sinonim dengan nama Perwayangan Tanah Jawa.

2. Penampilan Wan Sharmila memukau orang ramai apabila pertama kali mengenakan hijab dalam anugerah berprestij.

3.Mira Filzah dan Ungku Ismail menghiasi pentas sebagai pembukaan majlis dengan melakonkan babak romantik.

Ia adalah bagi mempromosikan drama terbaru slot akasia,  Adellea Sofea.

4.Sejurus selesai persembahan yang dilakonkan Mira Filzah dan Ungku Ismail, Zizan Razak kelihatan sedikit cemburu.

Bagaimanapun,Zizan menjawab tenang apabila berkata “saya sudah move on”.

5.Pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib pertama kali bergandingan di atas satu pentas bagi menyampaikan anugerah.

Malah, kedua-duanya mempunyai ‘chemistery’ dan jenaka yang menghiburkan penonton. Kelakar habis!

6.Lakonan penyanyi Zizi Kirana dan pelawak Ebby Yus mencuit hati penonton apabila melakonkan watak sebagai pasangan ratu sehari.

Berlatarbelakangkan pelamin dan pukulan kompang, lakonan Zizi dan Ebby diceriakan lagi dengan penyampai radio,Issey.

7.Persembahan bertenaga Ayda Jebat berduet bersama Santesh menyanyikan lagu Temberang pasti membuatkan penonton mahu menyanyi dan menari bersama.

Sedang asyik menari,Ayda jatuh terduduk apabila libasan kain penari yang dianggap ‘memakan’ ruang.

Bagaimanapun, Ayda kelihatan ‘cool and steady’ dan meneruskan nyanyian seperti biasa.

8.Penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah membuat persembahan menyanyikan beberapa buah lagu diiringi alunan muzik piano dari Sissy Iman.

9.Siti Saleha diumum sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem berjudul 7ujuh.

Difahamkan , Saleha tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana kini berada di luar negara.

Bagaimanapun, wakilnya telah naik ke pentas.

Ketika itu,Zizan sebagai penyampai anugerah ‘mengusik’ wakil tersebut dengan berkata “lain Siti Saleha hari ini”.

Sejurus berucap,wakil itu merupakan bapa Saleha dan berucap “Thank you to all by the way, I’m Siti Saleha’s father”

Sekali gus, Zizan ‘bertukar’ perwatakan menjadi seorang yang merendah diri dan menyapa “Hai Uncle”.

10. Sudah 20 tahun penglibatan dalam industri hiburan, pelakon Amyza Aznan bersyukur kerana merangkul anugerah bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi drama berjudul Batik Zakiah.