
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memaklumkan dia terpaksa berehat daripada aktiviti seninya buat sementara waktu selepas mengalami mild slipped disc.
Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi lagu Pencuri Hati itu berkongsi keadaan terkininya.
Berehat Dari ‘Lasak’
“Assalamualaikum! Baru tahu ada mild slipped disc. Okay saya rest daripada lasak jap janji (nurse dengan staf kat sini kalau boleh nak pagar bilik ni sebab pesakit asyik kabur aja tah ke mana-mana) haha,” tulisnya di Instagram.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat pada masa sama memohon doa ramai agar kesihatannya kembali pulih seperti sebelumnya.
View this post on Instagram

Doa Moga Lekas Baik
Malah ibu kepada dua cahaya mata itu turut terbuka menerima nasihat daripada mereka yang pernah mengalami situasi serupa.
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang dm, WhatsApp tanya khabar.
“Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang. Teruskan doa biar cepat sihat!
“Buat yang pernah ada posterior disc, share tips nak cepat baik please. Salam Ramadhan juga buat semua,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut mengirimkan doa semoga isteri kepada hos Nabil Mahir itu segera sembuh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI