Ayda Jebat ‘Merdeka’! Habis Pantang 44 Hari – “Berat 45kg, Lagi Ringan Dari Sebelum Hamil.”

Share

Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat sudah pun selesai pantang 44 hari setelah melahirkan puteri sulungnya, Ana Nayla pada September lalu.

Dia yang akui rasa teruja dan tidak sabar menghabiskan sisa-sisa waktu berpantang, meluahkan rasa gembira itu melalui sebuah posting di laman instagramnya pada Rabu.

“Esok genap 44 hari berpantang! MERDEKA!,” tulisnya ringkas.

Malah menerusi Insta Stories, penyanyi lagu Mata ini turut akui, dengan adanya servis berpantang dia akhirnya dapat menurunkan berat badan dengan lebih daripada berat badan asal sebelum hamil.

“Kita berpantang dengan @lavenderconfinementcare best! Esok genap 44 days! 45kg nkw. Lagi ringan dari sebelum pregnant,” kongsi Ayda.

Untuk Ayda Jebat selamat melahirkan puteri sulungnya pada pukul 7.07pm, 21 September 2021, seberat 2.77kg secara pembedahan.

Ayda menerusi media juga sebelum ini ada berkongsi makna di sebalik nama puteri sulungnya bersama suami, Nabil Mahir yang diambil bersempena dengan nama ibu dan mertua.

Dia turut menjelaskan, ‘Nayla’ juga memberi maksud berjaya.

“Kami sepakat gabungkan nama ibu, iaitu Rohana (ibu Ayda) dan Diana (ibu Nabil) yang mana keduanya-duanya berakhir dengan ‘Ana’.

“Sementara Nayla (Nailah) bermaksud ‘berjaya’ atau ‘achiever’,” katanya yang turut menyifatkan kehadiran permata hati sulung sebagai pelengkap keluarga.

Published by
MH