Ibu bapa mana yang sanggup berpisah dengan anak lebih-lebih lagi yang masih kecil dan memerlukan perhatian penuh daripada mereka.
Hal itu juga terjadi kepada pasangan selebriti Ayda Jebat, 30, dan Nabil Mahir, 34, yang terpaksa meninggalkan sebentar puteri sulung mereka, Ana Nayla demi tuntutan kerja.
Difahamkan Ayda dan Nabil kini berada di Taiwan kerana terikat dengan penggambaran program di sana selama dua minggu seperti yang dikongsikan mereka di laman Instagram masing-masing.
“Soon Mommy and Daddy Bil tinggalkan baby 15 hari, kerja luar Malaysia. How can we sleep without you baby?”
“Total will be 12 days jauh daripada baby. Baru saya dan @nabilmahir faham perasaan mak ayah yang tinggalkan anak lama dan jauh. Ni baru hari ke 4.. video call je meleleh air mata. Huhu. Mommy and Daddy Bil miss you alot. Sorry baby.
“Korang macam ni jugak tak? Kitaorang bawak bantal and selimut baby,” tulis Ayda di ruangan kapsyen.
Sementara itu, menerusi satu video yang dikongsikan kawan baik Ayda, Ashryyyyy menerusi akaun Tiktok miliknya, memaparkan Ayda dan Nabil dalam keadaan sebak meninggalkan Nayla untuk satu tempoh masa yang panjang.
Malah, ramai netizen turut sebak melihat Nabil turut membawa bantal milik anaknya untuk melepaskan rindu.
“Tadi masa dekat dalam kapal aku macam pelik Nabil keluarkan bungkusan macam bantal yang dibalut baju.
@ashhryyyyyTadi masa dekat dalam kapal aku macam pelik nabil keluarkan bungkusan macam bantal yang dibalut baju. Rupanya bantal @ananaylaofficial untuk dibuat cium kalau rindu. Sedih pulak rasa. Rupanya masa otw nak pergi airport dua dua dah melalak dalam kereta. Macam manalah rasa bila mereka yang kehilangan orang yang tersayang sekelip mata. Nauzubillah mintak dijauhkan, lagi lagi baru je dengar berita pasal pakcik ni anak beliau dimakan buaya. Tengok video tu sangat sedih. Anak kene gigit nyamuk pun kita kejar nyamuk tu sampai dapat ini pulak yang hilang sekelip mata. Semoga kita semua dijauhkan dan dihindarkan segala perkara buruk. Amin
“Rupanya bantal @ananaylaofficial untuk dibuat cium kalau rindu. Sedih pulak rasa. Rupanya masa on the way nak pergi airport, dua-dua dah melalak dalam kereta,” tulis Ashryyyyy.
Sekadar info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia 15 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ayda Jebat, TikTok Ashryyyyy