Selepas genap seminggu melahirkan cahaya mata kedua, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat akhirnya berkongsi nama bayi lelakinya itu.
Menurut Ayda, dia dan suami yang juga merupakan pengacara, Nabil Mahir telah sepakat untuk menamakan anak keduanya itu, Aali Mateen Ahmad Nabil.
“Assalamualaikum semua. Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil,” tulisnya.
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Pencuri Hati itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Malah, Ayda juga telah mencipta akaun Instagram buat anak keduanya itu.
Jelas Ayda lagi, dia dan suami mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan mengenai pemilihan nama tersebut.
Pada masa sama, Ayda turut memanjatkan doa semoga anaknya itu sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.
“Lama jugak memikirkan nama putera kecil kami, Aali Mateen ni. Semoga menjadi anak yang soleh sayang Mommy and Dadaa.
“Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua! Shaaaaayaaaaaang shemuaaaa,” ujarnya lagi.
Menerusi hantaran yang sama, Ayda turut berkongsi sebahagian wajah Aali untuk tatapan para pengikutnya di Instagram.
Sekadar informasi, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Saya Nak Cakap Nama Leina Hangat, Demi Allah Saya Malu. Lebih-Lebih Lagi…,” – Leina Hangat Rupanya Lebih 10 Tahun Bertudung, Tutup Aurat
“Siapa kata saya dah berhenti menyanyi? Saya masih aktif cuma tiada pendedahan di kaca televisyen sahaja,” kongsi penyanyi sensasi lewat 90-an, Leina Hangat apabila ditanya mengenai perkembangan seninya ketika ini.
Cuma baginya, skala aktif itu kian berkurangan kerana perlu memberikan komitmen lebih terhadap keluarga.
View this post on InstagramLIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co
A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on
“Alhamdulillah rezeki Allah masih lagi ada lagi. Selepas tamat kontrak dengan sebuah label muzik tidak lama dulu, saya bergerak sendiri,” katanya kepada MH.
Lebih 20 tahun bergelumang dengan seni, bintang yang sinonim menerusi lagu Ceria Dalam Gundah ini akui, dia kini sudah tidak lagi ambil pusing andai apa yang kurang mengenai atau sesuka hati memberikan gelaran lain terhadap nama komersialnya itu.
“Pada saya tak kisah orang nak panggil dengan nama Leina Hangat ke… Sekarang ni ada yang panggil dengan nama ‘Leina Suam-Suam Kuku’, Leina Hangit’ ada. Saya terima dengan seadanya.
“Memadai dengan saya nama sebenar yang diberikan Allaharham bapa, Norazlina Abdul Rahman yang bermakna Cahaya Gembira. Lina itu bermaksud ‘gembira’ dan Hangat itu ibaratnya sentiasa ‘hangat bergembira di Hari Raya’.
“Jadi saya tak kisah orang nak panggil dengan nama apa pun, asalkan yang eloklah. Ia sekadar nama. Cuma nama yang baik untuk saya sebagaimana yang tertulis di kad pengenalan itu yang lebih penting,” terangnya lagi.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon ini ditemui pada majlis Pelancaran Busana Munawwareen 2020 di Kuala Lumpur, pada Khamis.
View this post on InstagramLIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co
A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on
Ditanya mengenai sejauh mana keunikan nama komersialnya itu sendiri sehingga ia kekal ‘melekat’ sampai sekarang, pelakon filem AWAS ini pada awalnya akui agak malu untuk memperkenalkan diri.
“Ada juga yang tanya Leina mana ya? Bila saya nak cakap nama Leina Hangat itu, demi Allah saya malu, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
“Akan tetapi disebabkan nama itulah, saya teruskan apa seadanya. Keliru juga nak perkenalkan diri. Cuma pada saya tidak salah pun,” kata Leina yang masih lagi ceria dan suka bergurau.
Terdahulu, penyanyi yang pernah menghasilkan album Tamil ini mulai mengenakan hijab kira-kira 10 tahun lalu.
Kali terakhir dirinya mengeluarkan naskhah seni adalah menerusi sebuah album kompilasi pada awal 2000.
Selain Ceria Dalam Gundah, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia lapan tahun ini turut popular menerusi lagu Gara-Gara, Eh…Dangdut, Helo-Helo Sayang dan banyak lagi.
View this post on InstagramLIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co
A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Emma Akma Hidap Kanser, Ketulan Sebesar Bola Sepak – “Sejak Ramadan Rasa Tak Sedap Badan, Rahim & Perut Rasa Panas.”
Pelakon Emma Akma yang menghidap kanser pada bahagian dalam perut dan cyst pada kiri dan kanan ovarinya kini dalam proses untuk menjalani pembedahan.
Namun menurut Emma atau nama sebenarnya, Noorakma Yunus,52, dia buntu memikirkan bagaimana hendak mendapatkan wang kira-kira RM50,000 bagi menampung kos pembedahan yang bakal dijalaninya.
“Sebenarnya sejak Ramadan lalu saya sudah rasa tak sedap badan. Rahim dan perut saya rasa panas. Setelah berjumpa beberapa doktor, semuanya memberikan jawapan berbeza. Ada yang cakap saya slip disc. Tak kurang juga yang cakap ada masalah buah pinggang.
“Akhirnya saya ke hospital kerajaan untuk kepastian. Doktor sahkan saya mempunyai ketulan kanser pada bahagian dalam perut yang saiznya sebesar bola speak. Bukan itu sahaja, terdapat ketumbuhan atau cyst pada bahagian kiri dan kanan ovari saya,” katanya.
Jelasnya lagi, dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin dan kerana hospital kerajaan perlu fokus kepada pesakit COVID-19 yang semakin bertambah ketika ini, Emma dinasihatkan untuk menjalani pembedahan di hospital swasta.
“Disebabkan ketulan kanser semakin membesar, doktor nasihatkan saya agar melakukan pembedahan dengan kadar segera.
“Saya buntu dan tak tahu nak cari mana duit sebanyak itu. Iyalah, sejak pandemik COVID-19, bukan sahaja tak dapat berlakon, malah pekerjaan lain juga agak terbatas.
“Sekarang saya dijaga suami. Pergerakan saya terbatas kerana tidak boleh berdiri lama. Kadang-kadang saya perlu menggunakan kerusi roda dari bilik ke dapur. Apatah lagi apabila keluar rumah untuk mendapatkan rawatan. Memang kena guna kerusi roda. Jadi, keadaan inia gak menyukarkan saya untuk cari duit kos pembedahan.
“Kalau setakat nak makan, insya-Allah saya dan suami masih mampu. Namun untuk mendapatkan wang sebanyak RM50,000 dalam masa yang singkat agak sukar kerana saya perlu menjalani pembedahan dengan segera sebelum keadaan diri saya menjadi lebih teruk,” katanya lagi.
Emma pada masa sama menambah, dia pada awalnya dia tidak mahu memohon bantuan secara terbuka kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak, apatah lagi dengan situasi semasa kini.
“Kalau ikutkan hati, saya tak mahu berkongsi tentang hal ini. Saya sudah reda dengan apa yang berlaku. Mungkin inilah ujian Allah buat saya untuk lebih dekat padaNya.
“Namun, disebabkan doktor memberitahu saya perlu jalani pembedahan secepat mungkin, atas nasihat kawan-kawan saya beranikan diri untuk memohon bantuan secara terbuka.
“Saya tahu ramai yang susah sekarang, tetapi saya tidak memaksa. Kalau ada yang sudi memberi sumbangan, Alhamdulillah. Andai kata saya tidak sempat melakukan pembedahan dan itu boleh menyebabkan saya ‘pergi’ menemuiNya, saya reda.
“Saya bukanlah berdoa untuk itu (meninggal dunia), tetapi saya perlu akur jika itu ketentuanNya,” luahnya.
Walaupun diberitahu sakitnya itu ada kaitan dengan ilmu hitam, Emma tidak mahu terlalu memikirkannya.
“Tak dinafikan, sebelum ini saya memang pernah terkena buatan orang beberapa kali. Namun untuk kali ini, saya tak mahu memikirkannya sangat. Saya tak mahu stres atau berasa sedih kerana itu tidak membantu saya.
“Saya lebih selesa untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana itulah sebaik-baik perkara. Apa yang terjadi adalah kehendakNya. Saya yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk saya,” jelasnya lagi.
Emma yang pernah berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas: The Finale dan Sape Dari Itali ini berharap sumbangan ikhlas orang ramai membolehkan dirinya menjalani pembedahan.
Sesiapa yang ingin menyumbang kepada Emma Akma, bolehlah salurkan melalui akaun bank Maybank 162209987311 (Noorakma Yunus).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kawan Rapat Pun Hanya Dimaklumkan Beberapa Hari Sebelum Majlis,” – Vanidah Imran Selamat Nikah, Pilih Jurutera Sebagai Suami
Tahniah diucapkan kepada aktres Vanidah Imran yang selamat bergelar isteri kepada suami tercinta, Arifabillah Idris kira-kira jam 12.12 tengahari tadi dengan sekali lafaz.
Vanidah, 49, memilih jurutera berusia 43 tahun sebagai imamnya.
Majlis pernikahan pasangan berkenaan dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa, Kuala Lumpur.
Pada majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat itu, Vanidah dan Arifabillah sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.
Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir dan Red Kebaya itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.
Dalam majlis berlangsung sederhana namun penuh bermakna itu sentuhan perancang perkahwinan @ezsconcept, Vanidah mengenakan persalinan dari Rizman Ruzaini dan solekan Syed Faizal.
Kembali bergelar isteri, kata Vanidah, bukan seuatu yang mudah, namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik itu dipermudahkan oleh Allah.
Justeru, sebelum tiba hari bahagia itu, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 itu memilih mengunci mulut tanpa menghebahkannya.
“Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
“Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,”ujarnya lagi.
Kata Vanidah, sejujurnya dia gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.
Jelas Vanidah, dia dan suaminya, berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama serta dikurniakan anak, justeru, persefahaman lebih mudah dicapai.
“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.
“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: @luxurycapturephotography
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI