Meskipun berdepan masalah anak demam, kaki bengkak dan terjatuh ketika persembahan tidak menghalang penyanyi, Ayda Jebat untuk meraih markah tertinggi di konsert minggu pertama The Hardest Singing Show.

Menurut Ayda, dia lega apabila insiden terjatuh di atas pentas malam tadi tidak mencacatkan persembahannya sekali gus memukau para juri dan penonton.

Ayda Jebat Raih Markah Tertinggi 95.24% Walau Jatuh Tersembam, Tak Nak Dedah Kos Persembahan

“Sewaktu berlatih, saya sepatutnya buat ‘hand stand’, penari terbalikkan saya dan saya mendarat kedua-dua belah kaki. Kemudian, sambung menyanyi.

“Namun ketika persembahan, saya tergelincir tapi mungkin penonton di TV tak perasan atau mereka tidak pernah melihat insiden seperti itu.

“Mungkin mereka ingat ia sebahagian daripada persembahan. Kaki kiri saya pun cedera sejak beberapa hari lalu kerana saya terpaksa bergantung di ATV.

“Sekarang kaki kanan pula cedera. Saya risau sebab minggu depan tugasan saya adalah skipping,” katanya kepada MH.

Ads

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui sidang media konsert minggu pertama The Hardest Singing Show di Auditorium CIDB, Cheras, pada Ahad.

Ayda Jebat Raih Markah Tertinggi 95.24% Walau Jatuh Tersembam, Tak Nak Dedah Kos Persembahan Ayda Jebat Raih Markah Tertinggi 95.24% Walau Jatuh Tersembam, Tak Nak Dedah Kos Persembahan

Membawakan tema ‘Mad Max’, Ayda akui dirinya membuat persiapan rapi dan mengeluarkan bajet yang agak besar untuk menjayakan persembahan tersebut.

“Pada mula saya berfikir panjang juga. Saya nak berikan yang terbaik dan pada masa sama, saya juga tak nak rugi. Saya menganggap program ini sebagai ‘show business’.

Ads

“Kata Nabil, kalau saya nak jimat duit atau tak mahu ‘all out’, dia rasa rugi kerana program ini merupakan pertandingan baharu.

“Jadi, dia nak persembahan saya ini jadi rujukkan orang luar. Itu juga harapan penerbit,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai kos keseluruhan bagi persembahan minggu pertama ini, Ayda memilih untuk tidak mendedahkannya kepada umum.

Ads

Ayda Jebat Raih Markah Tertinggi 95.24% Walau Jatuh Tersembam, Tak Nak Dedah Kos Persembahan

“Saya tak mahu kongsi kos persembahan. Nanti ada pihak yang salah tafsir. Apa yang saya boleh katakan, kos semua adalah daripada saya.

“Kita pun ada dapat bayaran mingguan. Jadi, kita gunakan duit itu juga,” akhirinya.

Berikut adalah markah keseluruhan untuk konsert minggu pertama The Hardest Singing Show;

Ayda Jebat Raih Markah Tertinggi 95.24% Walau Jatuh Tersembam, Tak Nak Dedah Kos PersembahanUntuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI