Salah seorang kepada protoge Siti Sarah menerusi program realiti terbaru TV3, Mentor Otai, Ayie mengakui, dia sudah lama menanam impian untuk bertanding di dalam sebuah program berskala besar demi membuktikan sesuatu kepada dua orang anaknya.

Enggan menoleh ke belakang, Ayie atau nama lengkapnya, Sairi Sari Othman sebaliknya mahu memberi 100 peratus fokus kepada Mentor Otai demi realisasikan impian.

“Sejujurnya, minat menyanyi itu sudah terpendam lama. Jadi apabila berpeluang untuk menyertai Mentor Otai, ia ibarat mengembalikan semangat saya dalam membuktikan sesuatu dalam nyanyian. Meski perasaan malu itu agak menebal kerana ini merupakan pertandingan seumapamanya bagi saya, namun saya cuba untuk kikis rasa malu sedikit demi sedikit. 

 

“Yang pasti, harapan untuk menang itu memanglah ada. Bukan saya saja tetapi para peserta lainnya juga. Cumanya secara peribadi, saya mahu buktikan sesuatu kepada dua orang anak saya, iaitu Muhammad Mirza Yusrie, 10 tahun (menerusi perkahwinan terdahulu) dan Amar Yusra, 1 tahun setengah.

 

“Sebagai bapa, sudah tentunya saya mahu menjadi bapa terbaik dan kekuatan saya untuk berikan yang terbaik dalam program ini ialah anak-anak.

 

“Soal peribadi atau hal yang tak best, saya tolak tepi sebab apa yang saya buat ini adalah untuk buktikan sesuatu pada anak,” katanya jujur kepada MH.

Ayie Mentor Otai Tolak Tepi Kisah Peribadi Atau Hal Yang Tak Best Demi Mahu Buktikan Sesuatu Pada Anak-Anak

Ads

Bakal mendendangkan sebuah lagu popular 90-an pada konsert yang akan datang, peserta berusia 36 tahun ini juga tidak menafikan dia mulai kagum dengan pencapaian mentornya, Siti Sarah apabila menyaksikan perjalanan penyanyi itu saat bersaing menerusi program One In A Million (OIAM) tidak lama dulu.

“Saya mula tengok dia masa buat persembahan di OIAM lalu. Sejak itu, saya mula minat dan ikuti perkembangan seninya. Memang awal-awal lagi saya mahu berada di bahawa tunjuk ajar Sarah,” akui peserta dari Negeri Sembilan ini yang turut menjadikan Awie dan Amy Search sebagai sumber inspirasinya dalam nyanyian. 

Berkongsi soal persiapan bersempena dengan konsert minggu ini, Ayie mengakui ada melakukan rutin harian iaitu membuat latihan terhadap vokal selain menjaga pemakanan dan senaman bagi mengekalkan stamina di atas pentas.

Ads

Mentor Otai yang bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula 18 Mac lalu ini turut menampilkan tiga mentor lain iaitu Misha Omar, Zarul Husin dan Tam Spider manakala komposer Edry Abdul Halim dan penyanyi Mark Adam pula bertindak sebagai juri tetap.

Ads

Foto: Instagram Ayie Mentor Otai

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI