Kekal sinonim dengan lagu Hanya Di Mercu, penyanyi kelahiran Putatan, Sabah, Ayu Damit menyifatkan artis baru kini mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

 

Memulakan karier menerusi program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua pada tahun 2008, ibu kepada tiga cahaya mata ini mempunyai pandangan sendiri terhadap artis baru masa kini.

 

Kalau dapat dilihat dari sudut mata kasar saya, persembahan artis dulu dengan BBNU sekarang ini boleh nampak perbezaaanya dengan jelas. 

 

“Kalau dulu, pergi konsert akan rasa aura penyanyi itu dan tidak perlu tarik orang ramai sebab awal-awal lagi mereka sudah serbu konsert itu. 

 

Ads
Akan tetapi kini senario mulai berubah dan ada BBNU yang bertuah kerana mereka peminat mereka yang ramai dan setia, yang secara tak langsung membuatkan mereka kuat dalam industri termasuk di media sosial sekarang.

 

“Itu yang menjadikan mereka kukuh dalam industri hiburan dan kalau mereka ada lagu yang baik, ia juga satu tuah untuk terus ‘survive’,” kata Ayu kepada MH.

Ads
Ayu Damit Akui Kuasa Fan Club Antara Tunjang Utama Artis ‘BBNU’ Kuat Dalam Industri Hiburan

 

Ads
Bagaimanapun, dirinya juga percaya itu semua adalah rezeki dan hasil titik peluh mereka selama ini dalam industri hiburan.

 

Itu merupakan rezeki dari Allah dan kerja keras mereka selama ini dari zero ke hero untuk menapak dalam industri hiburan.

 

“Mereka juga aktif dalam mana-mana aktiviti yang terlibat, jadi orang lebih kenal dan nampak kewujudan mereka ,” ujarnya yang kini turut mencari material melakukan single baru. 

 

Ayu sebelum ini turut aktif dalam sektor pertanian dalam mengusahakan beberapa jenis tanaman lain seperti nanas, terung, dan cili jeruk di Hulu Langat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI