Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit menafikan dirinya ada memakai susuk atau pemanis wajah untuk tampil lebih menawan sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 32, bagaimanapun mengakui ada mengambil beberapa prosedur kecantikan lainnya seperti mana yang dilaporkan media, baru-baru ini.

Ayu Damit Terkejut Dituduh Pakai Susuk Pula! “Baik Saya ‘Tanam’ Kat Muka Ni Sejak Dulu, Orang Yang Rapat Tahu Saya Bagaimana.”

“Mulanya terkejut dan tak tahu nak beri reaksi apa bila ada yang meninggalkan komen di media sosial dengan mengaitkan saya dengan pemakaian susuk.

“Lucu pun ada sebab kalaulah saya pakai susuk, lebih baik saya ‘tanam’ dekat muka ni sejak dulu lagi. Mereka yang mengenali saya tahulah saya ni jenis bagaimana orangnya.

“Malah kesedaran mengenai penjagaan diri ini pun kian hadir seiring dengan peningkatan usia. Bukanlah nak cantik luaran semata-mata tapi lebih kepada amalkan gaya hidup sihat sementelah saya pun terlibat dalam industri pertanian.

IKLAN

“Apa pun, saya tak ambil pusing pun dengan komen tersebut. Saja suka-suka berkongsikan perkara itu di Insta Story beberapa hari lalu.

“Yang penting, cantik atau tidak, suami dan anak-anak sentiasa ada di sisi. Itu sudah memadai, alhamdulillah,” katanya yang turut menyifatkan cantik itu subjektif.

Mengulas menganai isu perbelanjaan kecantikan dirinya yang mencecah ribuan ringgit, penyanyi asal Sabah ini mendedahkan kos tersebut termasuk rawatan yang ditaja.

Ayu Damit Terkejut Dituduh Pakai Susuk Pula! “Baik Saya ‘Tanam’ Kat Muka Ni Sejak Dulu, Orang Yang Rapat Tahu Saya Bagaimana.”

IKLAN

“Macam-macam komen yang saya terima. Sudah saya jelaskan, kos tersebut adalah anggaran seperti pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya, selain nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan.

“Alhamdullilah, ada yang sudi taja. Bagi saya selagi ia tidak memberikan kemudaratan pada jangka masa panjang, saya terbuka menerimanya. Lagi pun saya tetap akan dengar pendapat suami juga sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ayu baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Permata yang menceritakan mengenai perhubungan suami isteri.

“Lagu tersebut sebenarnya sudah dirakam ketika masih bertanding di GV7. Saya tertarik dengan liriknya yang banyak maksud tersirat.

IKLAN

“Ia sesuai ditujukan buat pasangan suami isteri. Kalau untuk saya, pastinya saya tujukan khas buat suami yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan seni saya selama ini termasuk juga peminat di luar sana,” katanya.

Permata merupakan lagu ciptaan bersama Mohd Atlas dan Zimi Sofazr.

Ayu Damit Terkejut Dituduh Pakai Susuk Pula! “Baik Saya ‘Tanam’ Kat Muka Ni Sejak Dulu, Orang Yang Rapat Tahu Saya Bagaimana.”

Ia diterbitkan oleh syarikat rakaman Saudagar Seni Media dan video liriknya juga sudah boleh ditonton menerusi YouTube Saudagar Seni Media.

https://youtu.be/sliqt7InMNk

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI