Ayu Raudhah Sahkan Sedang Hamil Anak Kelima, Tahniah!

Share

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, pelakon jelita Ayu Raudhah memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kelima.

Berita gembira itu disampaikan adik kepada aktres, Rozita Che Wan ini menerusi salah satu hantaran di Instagram.

Menerusi ruangan komen, bintang ini ada meletakkan tanda palang, ‘yesimpregnantagain’ pada foto yang diambil bersama suaminya, Zaquan Adha.

“MY ENDLESS LOVE.. @zaqone_08 #yesimpregnantagain #ifeelloved #ifeelspecial #happy36thbirthdayayuraudhah,” tulisnya.

Serentak dengan pegumuman itu, peminat terus menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pelakon berusia 36 tahun itu selamat melahirkan cahaya mata kelimanya.

Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak pada 21 Januari 2011.

Bahagia harmoni, keduanya kini telah pun dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, setahun.

Foto: Instagram Ayu Raudhah

Published by
Nazar Rafiqhi