Pemain bola sepak negara, Zaquan Adha Abdul Razak memaklumkan isterinya yang juga merupakan pelakon, Ayu Rudhah telah selamat melahirkan cahaya keenam tepat jam 2.25 petang.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Zaquan menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
Bayi lelaki tersebut dilahirkan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.25 petang,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyerang pasukan Negeri Sembilan itu turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik buat isteri dan anaknya itu.
“Terima kasih atas doa semua,” katanya.
Sekadar informasi, Zaquan telah mendirikan rumah tangga bersama Ayu yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan pada tanggal 21 Januari 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka terlebih dahulu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 9, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleykha, 5, dan Muhammad Aisy Khaliq, 3, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zaquan Adha