Pelakon senior, Zarina Zainuddin sering berkongsi cerita dan perkembangan kembar istmewanya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.

Kongsi pelakon berusia 49 tahun itu, meski menghidap autisme Azal tetap berusaha menunaikan tiang agama.

Selain itu, pelakon drama Camelia ini turut berkongsi cerita mengenai gelagat sikap anaknya yang gemar berjenaka dan menghiburkan.

“Azal ni walau anak autism tapi dia tahu solat tu wajib  Allhamdulillah anak2 saya semua dah solat kecuali azil kadang dia ikut ikut solat pastu lari tepi tengok tv.

Ads

“Azil saya tak paksa dia solat tapi azal saya tetap suruh dia buat cuma bila time time uzur macam ni saya kena terangkan elok2 bagitahu yang perempuan akan ada uzur sebulan sekali kadang kadang 3 minggu sekali bergantung pada seseorang.

“Tapi jawapan azal bila saya uzur ibu ni asik period jer makan ubat la jangan bagi keluar period  tunggu laa azal tak lama lagi ibu monopous jugak,” tulisnya menerusi salah satu entri di akaun Instagram miliknya.

Ads

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap dan cara Zarina dalam mendidik anaknya yang menghidap austisme.

“Azal Ni Walau Anak Austism Tapi Dia Tahu Solat Tu Wajib,” – Zarina Zainuddin Ulas Perangai Sebenar Anak

Foto: Instagram Zarina Zainuddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI