Pelakon, Azar Azmi kini telah sah bergelar tunang dengan jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang penerbit filem, pada petang Ahad.
Menurut sumber Harian Metro, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi mengikat tali pertunangan bersama seorang duda anak dua.
Bintang berusia 30 tahun itu memaklumkan bahawa sudah mengenali jejaka tersebut lebih 5 tahun yang lalu dan merancang untuk mengikat tali pertunangan selama setahun.
Melihat di ruangan komen Instagram milik bintang drama Nur 2 ini, rata-rata peminat memberi ucapan tahniah kepada Azar.
Majlis pertunangan serba ringkas itu diadakan secara tertutup di Mesra Avenue, Keramat.
MH mengucapkan tahniah kepada Azar dan semoga selamat melayari fasa pertunangan.
Foto: Instagram Azar Azmi, Harian Metro Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Esok Lusa, Kalau Dia Kahwin Pun Akan Jadi Isu,”- Awal Ashaari ‘Penat’, Minta Hentikan Isu Viral Kini Sebab…
Pelakon dan pegacara, Awal Ashaari berharap agar orang ramai tidak lagi terus memainmam isu melibatkan kekeliruan status jantina usahawan kontroversi yang viral kini.
Katanya, perkara tersebut harus dihentikan segera kerana ia seolah-olah menjadi sebuah isu negara yang bukannya dalam sisi positif.
“Isu jantina pun sudah menjadi isu negara.
“Orang yang membuat kontroversi senyum, satu Malaysia bercakap mengenai dia. Lagi banyak orang komen, lagi banyak orang cari. Lagi banyak orang pertikai, lagi tinggi saham dia.
“Kita perlu hentikan perkara ini. Semua benda yang dia buat menjadi isu negara dan bukannya dalam aspek yang positif,” tulisnya di Insta Stories.
Dalam masa sama, pengacara Melodi itu meminta pihak berkuasa supaya melakukan tindakan segera agar perkara ini dapat dihentikan.
“Mungkin Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) boleh tolong selesaikan isu ini juga. Dulu sudah jadi isu sekali dan Jakim panggil buat pertemuan, tapi tak tahu apa keputusannya.
“Ini pergi umrah dan jadi isu lagi. Esok lusa, kalau dia kahwin pula akan jadi lagi?” tulisnya.
“Jadi, apa kata kita tolong selesaikan isu ini supaya rakyat Malaysia tidaklah terkejut dengan semua tindak tanduk dia. Kasihan juga kalau betul dia istimewa seperti yang dia katakan.
“Saya bukan nak sibuk, tapi saya penat apabila baca surat khabar, ada benda-benda yang kurang ilmiah dan mungkin tak timbul isu sekiranya ia hanya berkaitan isu jantinanya. Namun, isu ini menjadi kecoh kerana membabitkan agama Islam dan Tanah Suci,” tulisnya.
Awal bagaimanapun, tidak menyatakan nama mana-mana individu terhadap status yang dikongsikan itu.
Foto : Instagram Awal Ashaari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Boleh Kahwin,” – Rakan Konti Sepakat ‘Air Tangan’ Fafau Sedap, Mampu Tambat Selera Insan Tersayang!
Isi Kandungan
ToggleSerba boleh itulah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan figura lagenda dalam industri penyiaran radio, Fara Fauzana Mohd Fadzil. Ini demikian kerana, selain berbakat sebagai pelakon, pengacara dan penyampai radio siapa sangka farah juga punyai bakat lain.
Si jelita Fara Fauzana atau lebih mesra di sapa sebagai Fafau ini juga ternyata punyai bakat beraksi di dapur hingga berjaya membuat hidanan donut sedap sesuai untuk disantap ketika minum petang!
#DonutCTDK Buatan Fafau Raih Pujian Ramai!
Terdahulu, Fafau menarik perhatian peminat apabila berjaya membuat donut resipi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, hingga ramai memuji air tangan anak kedua daripada tiga beradik tersebut yang pertama kali membuat donut.
Malah, dia turut membawa donut tersebut ke konti radio untuk berkongsi dengan rakan-rakan.
“Percubaan pertama. Seumur hidup dan dah masuk usia ni baru dapat buat donut. Please don’t judge ya. Kita kan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing but what I share untuk saya bangun pukul 4 pagi demi buat sajian untuk dihidang kepada orang tersayang maka ini bukan kerja mudah ya.
“Tolong hargai ibu, emak, isteri, kakak, adik korang yang pagi-pagi je dah ada makanan atas meja tu. Please jerit Terima Kasih dan I Love You.
“Resipi donut dari Siti Nurhaliza buatkan I bukan rasa tapi PATUT dah kahwin. Thank you melayan saya dari malam sebelum sehinggalah ke awal pagi demi pastikan resipi yg diberi dibuat dengan betul. Don’t worry I jaga nama #ctdkdonut tu,” tulisnya pada ruangan kapsyen menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
Peribadi Ceria & Optimis Fafau Punca Berjaya Kemudi Arena Penyiaran Selama Dua Dekad
Tak dinafikan Fafau mempunyai aura dan perwatakan ceria yang membuatkan peminat tertarik, jadi tak hairanlah dia mampu bertahan dalam dunia penyiaran lebih dua dekad.
Bakat wanita ramah ini mula menarik perhatian ramai ketika mengendalikan program radio di Era FM pada tahun 2003 hingga 2006. Dia kemudian berhijrah ke Hot FM dari tahun 2006 sehingga 2016.
Ibarat sirih pulang ke gagang, Fafau kembali semula ke stesen radio Hot FM pada 2021 sampai sekarang.
Selain itu, dia juga pernah menjadi pengacara Nona bersama Neelofa, Melodi di samping Wahid Senario dan Muzik-Muzik.
Untuk rekod, Fafau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai hubungan baik dengan kebanyakan rakan artis tanah air termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai Macam Tak Percaya Saya Sakit Ataupun Kata Saya Tipu,” – Ada Persoal Tahap Kesihatan, Elyana Menitis Airmata Kongsi Cerita
Satu temubual eksklusif menerusi rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini di saluran TV3, penyanyi dan pelakon Elyana ada berkongsi cerita mengenai perkembangan dirinya yang menghidap penyakit kanser limfoma.
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal yang telah menghidap penyakit tersebut hampir 10 tahun mengakui adakalanya netizen tidak mempercayai tahap kesihatan dirinya yang semakin serius.
Penyanyi lagu Kalis Rindu ini berkata dia tidak mahu menunjukkan rasa kesedihan dan kesakitan yang dilalui oleh dirinya kepada orang ramai.
Jelas Elyana, tindakan sedemikian boleh memberikan kesan buruk terhadap tahap kesihatan dirinya.
“Terus terang saya kata di depan kamera saya akan begini dan saya akan nampak okey. Saya tak akan tunjuk yang saya sakit sekalipun sampai bila-bila. Saya minta maaf sangat-sangat sebab saya tahu ramai juga yang macam tak percaya saya sakit ataupun kata saya tipu sakit,
“Saya tak akan tipu sakit sebab pada saya sakit ni bukan benda main-main. Manusia kan selagi tak nampak depan mata selagi itu mereka tidak akan percaya,
“Saya minta maaf, saya memang tak akan tunjuk yang saya sakit depan kamera sebab saya seorang penghibur, tugas saya adalah untuk menghiburkan orang. Saya bukan nak orang simpati dengan saya,
“Saya cuma nak doa orang di luar sana untuk diri saya. Tapi di belakang kamera saya sebenarnya sakit sangat dan cuba berjuang untuk sakit ni macam pesakit kanser yang lain juga, saya sakit sepanjang masa sebab tahap sakit saya bukan yang rendah lagi,
“Kini saya berada di tahap yang agak kritikal tapi saya cuba untuk teruskan hidup dengan kehidupan yang positif. Saya tak nak fikir yang saya sakit sebab benda itu akan menyakitkan saya lagi jadi saya hidup macam biasa, positifkan diri,” luah Elyana.
Video: YouTube TV3Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI