Pelakon, Azar Azmi kini telah sah bergelar tunang dengan jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang penerbit filem, pada petang Ahad.
Menurut sumber Harian Metro, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi mengikat tali pertunangan bersama seorang duda anak dua.
Bintang berusia 30 tahun itu memaklumkan bahawa sudah mengenali jejaka tersebut lebih 5 tahun yang lalu dan merancang untuk mengikat tali pertunangan selama setahun.
Melihat di ruangan komen Instagram milik bintang drama Nur 2 ini, rata-rata peminat memberi ucapan tahniah kepada Azar.
Majlis pertunangan serba ringkas itu diadakan secara tertutup di Mesra Avenue, Keramat.
MH mengucapkan tahniah kepada Azar dan semoga selamat melayari fasa pertunangan.
Foto: Instagram Azar Azmi, Harian Metro Online