Pelakon Syafiq Kyle mendedahkan, watak Juita yang dibawa Azar Azmi menerusi Nur 2 yang bakal bersiaran tidak lama lagi merupakan ‘pembawa’ kepada perjalanan drama rantaian itu secara keseluruhannya.

Pada pandangannya lagi, watak Juita juga penting sebagai penggerak kepada watak-watak lainnya.

“Bagi saya watak Juita merupakan ‘pembawa’ kepada Nur 2. Rasanya wataknya sangat penting untuk karektor yang lainnya juga sebab kami tidak mahu untuk lakukan perkara yang selfish. Mahu buat yang bagus tanpa bantu orang lain juga untuk bagus.

“Jadi banyak juga saya berbincang dengan Azar Azmi memandangkan saya banyak babak dengannya. Kami pun saling pening kepala kerana skripnya panjang-panjang,” kata Syafiq.

Malah, demi memastikan yang terbaik, mereka berdua turut sama berbincang selain memberikan semangat buat finalis Dewi Remaja 2010 itu.

IKLAN

“Azar sendiri mungkin masih lagi baru masuk di Nur 2, suatu perkara baru baginya dan kami saling berbincang mengenai skrip.

“Tapi untuk saya berikan kekuatan memang tinggi kerana dia yang membawa Nur 2. InsyaAllah dia boleh,” katanya kepada MH.

IKLAN

Terdahulu, Syafiq Kyle ditemui media pada majlis Preview Fashion ZaloraRaya Kylez by Syafiq Kyle di Blackbox, Publika.

IKLAN

Sehari lalu, pelakon wanita tersebut ada memuat naik teaser Nur 2 yang menyaksikan dirinya mendukung watak sebagai pelacur.

Malah, rata-rata peminat memuji keberkesanan lakonannya selain tidak sabar untuk menantikan drama berkenaan, lebih-lebih untuk melihat watak baru itu di tangan pelakon terbabit.

Foto: Instagram Syafiq Kyle, Azar Azmi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI