Azhar Sulaiman ‘Back Up’ Founder Produk; “Yang Tak Minat Boleh Saja Tengok Video Materials Yang Skema-Skema.”

Share

Susulan isu pengasas produk yang dikatakan telah melacurkan industri hiburan, pelakon Azhar Sulaiman tampil mempertahankan kehadiran golongan tersebut dalam sama-sama memeriahkan bidang sama.

Menurut Azhar, 51, dia berpendapat golongan pengasas produk turut mempunyai peminat yang sentiasa menanti-nantikan content daripada mereka.

“You all (pengasas produk) bukan perosak. Tapi provider video materials yang orang curious nak tengok dan minat serta follow you all.

Baca juga:  Vida Pun Akui Suara Sedap, Minta Orang Industri Lebih Terbuka; “Autotune Pun Tak Kisahlah, Gunalah Teknologi Yang Ada!”

“Cantik dan sedap terpulang kepada yang minat. Yang tak minat boleh saja tengok video materials yang skema-skema sahaja.

“Mereka ini orang berniaga, ini cara mereka ‘berniaga’, mesti jadi popular,” tulis Azhar menerusi ruangan komen di Instagram Media Hiburan Official.

Aktor itu meninggalkan komen menerusi posting video MH mengenai respon balas usahawan Datuk Seri Vida mengenai dakwaan penyanyi senior yang menyifatkan kehadiran pengasas produk sebagai perosak industri muzik.

Dalam video itu juga, Vida mengakui suara sedap didengar dan mutu vokalnya semakin baik dari masa ke semasa.

“Penyanyi dulu pun bukan dari asal suara sedap… dia nyanyi satu lagu lepas itu dah improved. Suara saya pun dah improved.

“Lagu saya Ku Ikhlaskan, mana ada penyanyi di Malaysia yang dapat spark macam itu tapi saya dapat (sehingga lagu itu menjadi popular) dan lagu ini bukan genre untuk viral, it’s a serious song dan suara saya sedap.

“Tiada orang di Malaysia ada benchmark itu. Ini bukan zaman tok kaduk dah, jangan duduk bawah tempurung… kena buka minda dan menerima benda itu untuk dijadikan pengajaran jika ia baik untuk dicontohi.

“Autotune pun tak kisahlah, (kita) gunalah teknologi yang ada!” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar