Situasi yang cukup mencabar, apatah lagi sewaktu kereta sedang meluncur laju di jalan raya.
Kisahnya, pelakon Zarina Zainuddin ada merakam situasi salah seorang anak kembar istimewanya, Azal yang dilihat sedang cuba tenangkan abangnya, Azil yang duduk di bahagian belakang kereta.
Bagaimanapun, berlaku sedikit kekecohan dan hal sebaliknya pula yang berlaku.
Azal dilihat gagal mengawal kesabaran lalu ekspresikan kemarahan kepada diri sendiri.
“Azil mengamuk dalam kereta azal tak boleh dengar azil mengamuk.
“Azal cuba tenang kan azil.. tapi azil makin mdnjerit pukul2 muka dia..akhirnya azal pun mengamuk juga,” tulis Zarina menerusi posting tersebut sambil disusuli dengan tanda palang #azalazil dan #twinsautism.”
Melihatkan kelembutan si ibu melayan situasi tegang, ia nyata membuatkan hati netizen tersentak.
Malah rata-ratanya turut memuji tahap kesabarannya yang tinggi yang dimiliki Zarina dalam membesarkan Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai itu yang kian meningkat dewasa.
Iman Wan, yang juga bapa kepada anak autism, Adam turut meninggalkan komen menyatakan perkongsian ini cukup bermakna kerana ibu bapa yang punya anak istimewa ini bukan hanya patut mempamerkan keindahan anak autism, sebaliknya kesukaran bagaimana mengawal tindakan luar jangka mereka.
Foto : Instagram Zarina Zainuddin