Menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, pelakon dan pelawak Azlee Senario telah diundang sebagai tetamu bagi membincangkan topik ‘Pujian, Penting Atau Tidak’, pada Isnin.
Menerusi sesi yang dilangsungkan secara virtual itu, Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar antara lain ada menitipkan nasihat buat pasangan suami isteri mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
“Pertama sekali bagi saya kita kena tahu perkahwinan itu bukan satu permainan dalam hidup. Bila kita sedar benda itu, barulah kita boleh mendapat apa yang kita nak.
“Oleh itu, kita kena selalu berbincang bila ada salah faham dan sebagainya. Jadi dengan adanya perbincangan itu kita dapat menyelesaikan masalah rumah tangga dengan baik dan kita elakkan perkara yang buruk berlaku.
“Kita harus tahu tugas seorang wanita bukan satu perkara yang amat mudah, katanya.
Ads
Azlee pada masa sama turut berkongsi mengenai cara memuji si isteri agar kehidupan senantiasa harmoni.
“Kita dekat luar bila berkerja kita dapat jumpa dengan kawan-kawan, tapi macam mana penatnya dia di rumah ini dengan memasak, membasuh, mengemas?
“Jadi pada saya, apabila kita balik kita kena memberi pujian kepadanya sebab dengan adanya pujian itu dapat hilangkan kepenatan apa yang dia buat selama ini,
Ads
“Kita kena selalu ingat untuk menjaga tingkah laku kita dengan baik dan selalu kena jujur,” katanya lagi.
Ads
Azlee telah mendirikan rumah tangga bersama Aslinda Ayob dan dikurniakan dua orang anak perempuan.
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Pelakon yang terkenal dari drama bersiri Titian Cinta itu seakan-akan menulis ucapan dedikasi buat seseorang.
Lantas, netizen bertanya kepada siapakah Farah memberi dedikasi tersebut.
Rata-rata netizen menyangka dedikasi oleh Farah itu dituju kepada seorang pelakon terkenal, Fikry Ibrahim. Malah netizen juga turut mendoakan supaya Farah akan dijodohkan bersama dengan Fikry.
Alahai, sweet betul lah Farah ini. Bukan sahaja cantik dan jelita, malah pandai ambil hati orang yang tersayang.
Untuk rekod, Farah Nabilah telah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 untuk kategori Artis Baharu Wanita Popular.
Foto : Instagram Farah Nabila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Sharul Kamal meluahkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah memperkenankan doa untuk melihat ibunya istiqamah menutup aurat dengan sempurna.
Menurut Sharul, dia sekeluarga tidak pernah jemu mendoakan yang terbaik buat ibunya malah, ketika berkunjung ke tanah suci untuk mengerjakan umrah awal tahun lalu, perkara sama turut dilakukan oleh peserta Akademi Fantasia 2015 itu.
Dulu ibu seorang yang free hair, tapi aku adik beradik & ayah sentiasa berdoa dari dulu tak putus2 untuk ibu tutup aurat dengan sempurna. Awal tahun aku dapat buat umrah & aku tak putus2 doa benda yang sama & aku minta tahun ni ibu istiqomah. Alhamdulillah cantik ibu aku 😍 pic.twitter.com/MEUXExhmYd
Kecoh di media sosial apabila ramai yang bercakap mengenai teman baru usahawan sensasi, Nursajat.
Tidak hanya foto serta video keakraban keduanya yang diperkatakan, malah secara tak langsung ramai yang cuba mencari siapakah gerangan lelaki kacak terbabit.
Dikenali sebagai Jad Issa sebagaimana akaun yang ‘ditagged’ Sajat di Instagram, lelaki berkenaan difahamkan pernah bergelar finalis Mr.Lebanon 2019 dan dalam pertandingan tersebut, dia telah memenangi kategori Mr.Photogenic.
Malah momen tersebut turut di muat naik menerusi Instagram rasmi pertandingan itu.
Sementara itu, Mohamed Sandakli telah dimahkotakan sebagai Mr.Lebanon terbaru dalam majlis gala yang dilangsungkan penuh meriah di Hotel Riviera, Beirut oleh bintang sensasi, Haifa Wehbe.