Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi menyatakan rasa kagum selepas syarikat pengeluar produk kesihatan, Eskayvie selesai menyertai majlis berprestij, World Islamic Entrepreneur Summit 2023 (WIES) di Pangeran Beach Hotel, Padang, Indonesia, pada 6 hingga 8 September lalu.
Menurut Aznil yang mesra disapa Pak Nil, sebagai wajah wakilan jenama berkenaan, dia gembira melihat progres positif yang dipamerkan.
“Saya tumpang bangga dengan kejayaan Eskayvie sudah melebarkan sayap ke Indonesia selain menyertai persidangan WEIS 2023.
“Melihat kepada usaha jenama kesihatan ini mengajak 85 peratus golongan wanita sebagai suri bisnes menjual produk ini, saya sangat teruja.
“Saya puji golongan suri bisnes termasuk usaha Puan Kartika, suami dan khususnya ‘team’ Eskayvie dalam terus mengajak ramai menjana pendapatan.
“Suri bisnes juga sudah tiba masa ada punca duit sendiri. Tak perlu runsing jika suami buat hal atau berpisah kasih angkara pihak penyondol,” katanya.
Sementara itu, program antarabangsa tersebut telah dirasmikan oleh Gubernur Provinsi Sumatera Barat, Indonesia, H. Mahyeldi Ansharullah dan menghimpunkan ribuan usahawan Muslim seluruh dunia dengan matlamat utama untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ekonomi digital.
Sejumlah negara ASEAN dan Timur Tengah, termasuk Malaysia, Vietnam, Filipina, Thailand, Singapura, Timor Leste, India, Morocco, Kazakhstan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Uzbekistan dan Sepanyol turut terbabit dalam acara ini.
Ads
Program ini juga menyaksikan penampilan istimewa Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie bersama isteri Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Nur Asia Uno.
“Platform digital Eskayvie Nexus diperkenalkan pada tahun 2020 dan telah berjaya membantu ramai individu yang terkesan dengan bebanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia amnya.
“Melalui transformasi pendigitalan ini, Eskayvie telah berhasil membantu usahawan untuk memulakan perniagaan secara atas talian dan melakukan urusniaga dari mana saja dengan menggunakan telefon.
“Selain itu, setiap usahawan Eskayvie Nexus yang berdaftar di bawah jenama Eskayvie turut menerima latihan berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan mereka, termasuk strategi pemasaran, jualan, dan kepemimpinan yang berkesan,” ujar Kartika Wati.
Sehingga kini, Eskayvie telah melahirkan lebih daripada 80,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia dan Indonesia.
Malah dalam tempoh ledakan jenama itu, kehadiran Pak Nil sebagai duta turut melonjakkan Eskayvie sebagai sebuah produk dipercayai.
Ads
“Melalui inisiatif pendigitalan Eskayvie Nexus, pendapatan bulanan wanita ‘suri bisnes’ ini telah meningkat daripada USD 500 sehingga USD 40,000 sebulan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Eskayvie melalui platform Eskayvie Nexus akan terus memberikan impak yang lebih besar kepada komuniti dan mengukuhkan lagi kedudukan dalam dunia kesihatan berkualiti tinggi serta menguasai pasaran halal.
“Ini adalah langkah menuju masa depan yang lebih cerah, lebih seimbang dan lebih inklusif,” kata Kartika Wati optimis.
Selain Malaysia, Singapura dan Brunei; Eskayvie kini terus unggul dalam melebarkan jenamanya ke Asia Tenggara melalui Eskayvie Global Indonesia yang semakin mendapat tempat di pasaran Indonesia.
Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus dan menjana pendapatan lima hingga enam angka secara konsisten setiap bulan, layari laman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rancangan dokumentari Jejak Rasul sentiasa menjadi penantian penonton setiap tahun khasnya bila menjelang Ramadan.
Selaku pengacara rancangan tersebut, Fedtri Yahya ada berkongsi cerita ketika menjalankan pengambaran Jejak Rasul di negara Turki, Jordan dan Palestin tidak lama dulu.
Kongsi hos ini, dia memaklumkan untuk melaksanakan musim terbaru Jejak Rasul kali ini sangat mencabar kerana kawasan pengambaran dikawal ketat oleh tentera.
“Bukan mudah rakaman Jejak Rasul kali ini. Kawasan sensitif dan bergolak, dipenuhi tentera dan puak yang memantau dalam diam.
“Silap langkah, boleh ditangkap. Boleh ditembak. Bermula esok, 6.30 petang,” tulisnya.
Bukan mudah rakaman Jejak Rasul kali ini. Kawasan sensitif dan bergolak, dipenuhi tentera dan puak yang memantau dalam diam. Silap langkah, boleh ditangkap… Boleh ditembak. . Bermula esok… 630 petang 😘 pic.twitter.com/8ESihI9DyS
Penyanyi dangdut, Mas Idayu mengesahkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama Penerbit Eksekutif TV3, Mohd Suffian Isa, 51, pada 16 September depan.
Pasangan berkenaan bakal diijabkabulkan dalam majlis yang akan berlangsung di Magica Hall, Quill Mall, Kuala Lumpur.
Bakal menjadi wedding of the year, majlis pernikahan dan resepsi penyanyi yang popular dengan lagu Senggol-Senggolan, Cubit-Cubitan akan menerima tajaan bernilai RM7 juta.
Tajaan itu merangkumi lokasi majlis, busana persalinan, set barangan kemas tajaan Habib Jewels, katering dan perkhidmatan video dan fotografi untuk hari bahagianya itu.
Berbesar hati menerima tajaan sebesar itu Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun, 50, berkata meski ia adalah perkahwinan kedua namun dia tetap teruja.
“Sebenarnya tiada sebab spesifik saya pilih tarikh 16 September ini, kebetulan ia Hari Malaysia jadi mudah ingat sebab saya jenis pelupa bab-bab tarikh.
“Alhamdulillah, saya tidak jangka akan menerima tajaan sebesar ini untuk perkahwinan kali kedua dan berterima kasih kepada semua penaja.
“Walaupun mendapat tajaan, namun saya akan turut sama memberikan idea termasuk tema perkahwinan, rekaan baju serta pemilihan aksesori barangan kemas untuk hari bahagia itu nanti,” katanya kepada MH.
Mas Idayu ditemui pada majlis memperkenalkannya produk penjagaan kulit miliknya, Twenty yang berlangsung di Magica Hall, Cheras pada Ahad.
Bercerita lanjut mengenai majlis perkahwinannya, Mas Idayu berkata dia hanya akan mengadakan satu majlis resepsi sahaja pada hari sama dengan pernikahan.
“Majlis pernikahan akan diadakan jam 10 pagi dan resepsi di tempat sama pada waktu malam.
“Saya memilih tema fairy tale dan semua tetamu diberikan dress code untuk memakai baju berwarna ungu,” katanya lagi.
Bakal berbulan madu di Santorini, Greece, penyanyi lagu Cintaku 100 Percent itu juga berkata dia dan bakal suami akan berehat dua minggu selepas itu bagi melayari fasa baharu.
Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka pada 1997 sebelum bercerai pada 2006.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Nur Dayini Ashiqah, 25 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Deen berkongsi khabar duka apabila memaklumkan seluruh ahli keluarganya yang tinggal di Miri, Sarawak kini telah disahkan positif Covid-19.
Jelas Deen atau nama sebenarnya, Nordin Haji Madian, pada Khamis lalu, adiknya merupakan individu pertama di dalam keluarganya yang telah disahkan positif wabak tersebut kemudian diikuti pula oleh bapa, ibu, adik bongsu, kakak dan juga anak buahnya.
Katanya lagi, kesemua keputusan tersebut diperoleh setelah mereka menjalani ujian saringan Covid-19 pada Sabtu.
“Assalamualaikum semua. Semalam saya dapat satu berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan. Sebab khamis minggu lepas adik saya disahkan positif Covid-19.
“Kemudian satu rumah pergi buat swab test pada hari Sabtu. Semalam pula, ayah, mak, adik bongsu, kakak dan anak buah saya juga positif,” katanya.
Perkhabaran tersebut dikongsi oleh penyampai radio Hot FM itu menerusi ruangan Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Deen turut meluahkan rasa kegusaran terhadap kesihatan kedua ibu bapanya itu namun dia kini boleh menarik nafas lega selepas mereka dikatakan tidak mengalami sebarang gejala.