Aznil Nawawi Guna Pengalaman 30 Tahun, Cuba Bantu Selesai Masalah Usahawan Dalam Komunikasi

Share

Hos terkenal, Datuk Aznil Nawawi tidak menafikan ada segelintir usahawan yang arif mengenai strategi pemasaran namun sukar membina ‘branding’ susulan kurangnya kemmahiran dalam aspek komunikasi.

Aznil yang turut diundang sebagai panel di dalam Siri Jelajah Nexus Success Road Tour 2022 berkata, menjadi suatu hal penting bagi semua orang termasuk usahawan untuk menguasai aspek komunikasi dengan baik.

“Saya lihat ramai usahawan yang mahir dalam teknik pemasaran tetapi berdepan masalah dalam berkomunikasi serta sukar membina ‘personal branding’ khususnya.

“Jadi sebagai duta, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang penyiaran kerana ia sangat penting untuk bantu setiap usahawan Nexus menjadi pemimpin yang berilmu dalam usaha mengembangkan lagi rangkaian mereka,” katanya yang juga duta Eskayvie.

Sementara itu, program yang diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu, pada Sabtu adalah sebahagian daripada siri jelajah Eskayvie ke tujuh buah negeri di seluruh negara.

Ia adalah susulan daripada kejayaan Nexus Success Convention yang berlangsung Jun lalu.

Selain latihan berterusan yang dijalankan atas talian, jelajah ini adalah inisiatif sokongan dan bimbingan bagi semua yang terlibat untuk lengkapi diri dengan ilmu kepemimpinan selain mahir dalam merancang strategi pemasaran yang berkesan.

“Program ini turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan mengatasi masalah pendapatan isi rumah yang terjejas berikutan keadaan inflasi sekarang.

“Ramai berdepan dengan masalah kewangan berikutan kos sara hidup yang tinggi terutamanya harga barang keperluan asas yang semakin meningkat.

“Justeru, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk membantu seramai mungkin dalam menggunakan sepenuhnya platform Eskayvie Nexus bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kewangan masing-masing.

“Sehingga kini, kami sudah bantu lebih 10,000 usahawan Nexus yang berjaya capai pendapatan empat sehingga enam angka sebulan.

“Jadi, untuk hidup selesa dan ada kewangan yang cukup sampai boleh memberi tanpa berkira, kita perlu berusaha dengan bersungguh- sungguh,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati.

Jelajah sama diadakan di Pahang hari ini diikuti Kedah, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Perak.

Dalam program yang sama, Eskayvie turut melancarkan produk terbaharu yang menyokong kesihatan minda orang dewasa.

Eskayvie Mindtropic adalah vitamin booster minda yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri dan mineral yang dihasilkan dalam bentuk tablet kunyahan berperisa tropika.

Ia berupaya membantu menguatkan memori, memperbaiki mood dan tidur serta melegakan stres terutamanya bagi orang dewasa selain mampu menyokong kesihatan minda yang terjejas akibat Long COVID-19.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH