Azrel Ismail Hormat Status Puteri Sarah, Jaga Batas Atas Pentas; “Buat Kerja Secara Profesional.”

Share

Pelakon Azrel Ismail menzahirkan rasa teruja apabila sekali lagi berpeluang beraksi di pentas teater selepas Putri Santubong Musical tahun lalu.

Azrel, 38, berkata, dia bersetuju untuk menjadi peneraju utama teater terbaharu, Maduku Terpaling Kalut (MTK) selepas merasakan naskah ini mampu mengetengahkan elemen farce comedy dengan jalan cerita yang menghiburkan.

Mengisahkan tentang seorang pemandu teksi yang terlibat dalam kemalangan yang membawa kepada pendedahan rahsia yang telah lama disimpan, Azrel mengakui teruja bergandingan dengan pelakon lain seperti Puteri Sarah dan Anna Jobling.

“Bergandingan dengan Puteri Sarah, dalam keadaan statusnya yang kini menjadi tumpuan media, saya perlu menjaga sedikit batas.

“Bagaimanapun kami berdua menjalankan kerja dengan profesional. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan kami saling bertukar pandangan demi memberikan yang terbaik kepada penonton”, jelas Azrel.

Tambah Azrel lagi, dalam tempah beberapa minggu menjalani latihan bersama, dia mengharapkan agar segalanya berjalan lancar.

“Mungkin juga ada ketika di hari-hari latihan, ada gosip tentang Sarah yang keluar di laman sosial, mungkin akan menggangu fikirannya tetapi setakat ini dia mahupun pelakon yang lain tetap memberi komitmen yang tinggi”, kata Azrel.

Maduku Terpaling Kalut bakal dipentaskan di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya, selama empat hari mulai 29 September hingga 2 Oktober depan.

Selain Azrel, MTK membariskan pelakon popular lama dan baharu iaitu Puteri Sarah Liyana, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Jow.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH