Nyanyian semula lagu Suci Dalam Debu oleh Azwan Ali dan Elly Mazlein sebagai membuka program Lagu Cinta Kita 2 episod keempat yang dikendalikan mereka malam tadi mencuri perhatian wargamaya.
Rata-rata memuji kebolehan keduanya dalam menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan Iklim itu dengan baik.
Malah, sedutan video nyanyian mereka yang dikongsikan menerusi saluran YouTube TV3MALAYSIA Official juga sudah pun ditonton lebih 35,000 kali kurang 12 jam selepas ia dimuat naik.
Berikut antara komen yang diberikan pelayar YouTube apabila menonton persembahan mereka;
Lagu Cinta Kita 2 menemui penonton TV3 secara siaran langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam dan program ini juga boleh strim live HD di www.tonton.com.my dan Youtube TV3 Malaysia.
https://youtu.be/JaiZ9fuJF5Q
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Yang Suami Hadiahkan, Saya Terima,”- Viral Jam & Handbag TokTi Di KLFW 2021 Dianggar Nilainya Lebih RM 1 Juta, Ini Reaksi Tuan Badan
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai penampilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menghadiri majlis fesyen, Kuala Lumpur Fashion Week 2021 yang berlangsung pada minggu lalu.
Kehadiran Siti di majlis tersebut nyata menarik perhatian ramai gara-gara jam serta beg tangan berjenama mewah yang diperagakannya dianggarkan bernilai lebih RM 1 juta.
Menerusi temubual bersama program, Melodi, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dia sebenarnya tidak pernah tahu mengenai harga jam tersebut memandangkan ia merupakan hadiah pemberian daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.
“Bila bercakap mengenai perkara ini, jam tersebut sebenarnya merupakan hadiah pemberian daripada suami saya.
“Saya pun tak pernah bertanya ‘B, berapa harga jam ni?’. Apa yang suami hadiahkan, alhamdulillah saya terima. Suami memang suka melihat saya bergaya dan dia juga gemar membeli koleksi-koleksi jam.
“Bagi saya, tiada isu pun mengenai perkara ini. Sebagai seorang isteri, saya menghargai dan saya pakai.
“Saya tidaklah sampai nak bagitahu berapa banyak atau berapa harga jam tersebut. Saya sebolehnya tidak mahu memperbesarkan perkara-perkara kecil ini,” katanya.
Ditanya mengenai beg tangan mewah yang dikatakan dibeli semata-mata untuk melangkapkan gayanya pada majlis tersebut, ini reaksi yang diberikan oleh penyanyi lagu Anta Permana ini;
“Secara jujurnya saya bukan orang gemar pergi ke acara fesyen ini sebab saya bukan orang yang sebegitu. Kalau saya pergi pun atas kapasiti kerja seperti majlis anugerah, acara karpet merah dan sebagainya.
“Oleh kerana saya menyokong Rizman Ruzaini, saya pergi. Saya sendiri melihat kejayaan mereka. Mereka dahulu hanya pelajar UiTM yang datang ke rumah dan merayu nak buat baju saya. Kerjasama itu terjalin sampai sekarang.
“Sebagai tanda menghargai persahabatan itu, saya pun pergi ke acara fesyen tersebut. Saya tak pandai sebenarnya nak ‘matching’ pakaian saya. Rizman kata beg ini tak berapa sesuai dengan baju saya.
“Saya pun dah lama tak pergi shopping. Dia kata ada satu beg ni memang cantik. Boleh matching sangat dengan baju saya. Kebetulan saya pun dah lama tak spent untuk diri sendiri. Sebagai menghargai usaha dan penat lelah bekerja, saya pun belilah beg tersebut,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Siti turut memberitahu, dia sebenarnya bukanlah seorang ‘kaki shopping’ namun segalanya disediakan oleh oleh suaminya.
“Kalau tanya suami saya pun dia akan setuju. Saya bukan kaki shopping. Saya rasa dia sangat beruntung dapat isteri seperti saya. Saya tak pandai shopping.
“Tapi suami saya suka untuk melihat isterinya kelihatan cantik dan bergaya. Apa sahaja barang saya seperti jam, beg tangan dan barang kemas, semuanya disediakan oleh suami saya,” akhirinya.
Sumber: Youtube Melodi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan Cantik Ameera Khan Yang Mengenakan Dress ‘Knitwear’ Di Bali Curi Perhatian Ramai
Perkongsian beberapa keping foto media sosial sensasi, Ameera Khan yang kini berliburan di Bali mencuri perhatian warganet.
Adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa yang tampil ‘posing’ di persisiran pantai mengenakan dress ‘knitwear’ dedah belakang cukup menawan.
“Look at this and weep,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen menerusi hantaran yang kini sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka itu.
Difahamkan, Ameera bercuti ke destinasi percutian popular dunia itu bersama seupunya yang dikenali sebagai Aisha di samping pengawal peribadi dan pemandu.
Penjelasan tersebut dibuat Ameera menerusi Insta Stories pada Selasa sekaligus menepis spekulasi segelintir warganet yang mendakwa dia mungkin bercuti sama dengan pelakon Meerqeen.
Terdahulu, Ameera didakwa bercinta dengan Meerqeen selepas video keluar bersama ketika menyertai acara minggu fesyen di Paris tular sehingga menjadi perbualan menerusi platform TikTok.
Mereka sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila dilihat saling berbalas komen dalam Instagram, namun menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menjelaskan hubungan sekadar kawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Sumbang RM1 atau RM2, Nilainya Amat Besar Bagi Kami,” – Tabung Bantuan Yasin Sulaiman Dapat Sambutan Baik
Tabung Bantuan Yasin Sulaiman yang dilancarkan keluarga penyanyi itu mendapat sambutan baik dan positif daripada orang ramai sejak ia mula dilancarkan pada 27 April lalu.
Menurut abang kepada penyanyi tersebut, Dr Zain Sulaiman, 50, dia masih belum boleh mendedahkan jumlah kutipan sumbangan berikutan ia masih belum dikira dan diaudit setakat ini.
Apa yang saya boleh katakan sekarang adalah sokongan setakat ini sangat positif. Malah apa yang membuat kami sangat terharu adalah ada sampai yang menyumbang RM1 atau RM2. Walaupun hanya seringgit, dua ringgit, nilainya amat besar bagi kami.
“Ia menunjukkan sokongan yang amat berharga bagi kami. Yasin dan keluarga mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyumbang. Semoga Allah memberi berkat dan ganjaran yang berlipat ganda.
“Tabung masa ini masih di peringkat awal dan semakan terhadap jumlah terkumpul akan dibuat tidak lama lagi.
“Apabila semakan dibuat dan satu penyata akaun yang rasmi sudah disediakan kami akan maklumkan. Ini kerana kami perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi setiap sen yang disumbangkan. Oleh itu ia perlu dilaporkan dengan teliti dan tepat,” katanya ketika dihubungi Media Hiburan.
Sementara itu ketika ditanya mengenai sasaran yang ditetapkan pihak keluarga, Zain berkata ia bergantung kepada perkembangan kes adiknya dari masa ke semasa.
“Berkenaan dengan sasaran kutipan, kami masih belum pasti, kerana ia bergantung kepada bagaimana kes ini akan bergerak ke hadapan dan sejauh mana proses perundangan ini akan berlanjutan.
“Mungkin pada sebutan kes pada 18 Mei ini kami akan dapat sedikit gambaran bagaimana kes ini akan proceed. Namun, kami dinasihatkan oleh peguam-peguan Yasin untuk sentiasa bersedia untuk menghadapi satu proses yang mungkin memakan masa yang panjang,” katanya lagi.
Berbicara mengenai perkembangan terkini Yasin, Zain menjelaskan adiknya dalam keadaan baik dan keluarga sentiasa meluangkan masa melawatnya pada setiap minggu di Penjara Sungai Buloh.
“Setakat ini Yasin berada dalam keadaan baik. Dia mengambil ubat-ubatannya secara konsisten. Keluarga melawatnya setiap minggu di Sungai Buloh.
“Semangatnya nampak positif Alhamdulillah. Rabu depan, 18 Mei ini insyaAllah keluarga, teman-teman dan sahabat-sahabat Yasin akan ke mahkamah untuk sebutan kesnya.
“Semoga dipermudahkan Allah perjalanan kes ini dan semoga ada sinar harapan tidak lama lagi,” katanya.
Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa atas pertuduhan mengedar jenis ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara.
Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada 24 Mac lalu.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Yasin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI