Penyanyi Sheryl Shazwanie mengesahkan dirinya sedang hamil cahaya mata pertama dan kandungannya kini mencecah usia lima bulan.
Penyanyi itu berkongsikan berita gembira tersebut di laman Instagramnya dan suami, Azzam Sham pada pagi Jumaat.
“Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat & rezeki yang dikurniakan.
“Pada hari Jumaat yang barakah ini, Azzam & Sheryl ingin berkongsi berita yang kami bakal menimang cahaya mata pertama kami, insyaAllah.
“Usia kandungan kini memasuki lima bulan/trimester kedua,” tulis Sheryl.
View this post on Instagram
Sheryl, 25, dan Azzam, 25, turut berdoa agar segala urusan mereka dalam menantikan kedatangan buah hati pertama itu dipermudahkan Allah SWT.
“Kami mengharapkan doa yang baik semoga urusan ibu & zuriat yg bakal lahir ini dipermudahkan, menjadi anak yg soleh dan solehah, penyejuk mata, penyenang hati, membesar dengan baik dan sihat wal’afiat serta menjadi insan yg berjasa kepada agama & masyarakat,” tulis Sheryl lagi.
Sheryl dan Azzam berkahwin pada tanggal 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.
Pasangan ini mengenali satu sama lain selama lebih enam tahun sejak mereka bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sheryl Shazwanie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI