Memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan s1k vios 2019 bersama Shuib, Sharnaaz Ahmad meluahkan kesyukuran atas pengiktirafan yang diterima meskipun baru kali pertama menyertai acara ini.

Jelasnya lagi, walaupun baru belajar memegang stereng lima hari lepas, namun inilah kemenangan paling manis untuk dihadiahkan kepada Jebat selepas diasak beberapa kisah hangat tahun ini.

Alhamdulillah syukur pada Allah yg maha kuasa, kami dari team @23motors bersama @shuibsepahtu dan @tarmimitahang telah berjaya mendapat tempat 3 dalam s1k vios 2019 .. kali pertama kami masuk dah Allah bagi kemenangan.

IKLAN

“Bukan sesuatu yg biasa bagi kami yg baru pegang stereng selasa lepas.. dan terima kasih buat dato @mr_twentythree dari @23motors for trusting my talent and ofcos sahabat saya @keifliothman45 sifu ku.

“Satu kemenangan yg sgt manis buat aku.. ada jugak kenangan yg manis setelah dihenyak dgn masalah tahun ni.

IKLAN

“Boy, ba menang @jebatjayden .. ba bukan lah tak guna sgt macam org dok cakap.. Alhamdulillah syukur,” tulisnya.

Di ruang komen, Shuib turut meluakan penghargaan buat pelakon ini yang mempercayai kebolehannya dalam sukan lumba permotoran.
“Ba Bukanlah Tak Guna Sangat Macam Orang Dok Cakap,” – Ini Dedikasi Sharnaaz Ahmad Buat Jebat, Menang Lumba Di Litar Sepang

IKLAN

Tahniah buat Sharnaaz dan Shuib.

Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI