“Bab Lamar Sensitif, Jangan Buat Kerja Gila!,” – Terkejut Kena Pinang Pada Usia 51 Tahun, Vida ‘Warning’ Bukan Benda Main Main

Share

Video yang memaparkan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida yang secara tiba-tiba menerima bungkusan menjadi sorotan netizen di Instagram, hari ini.

Seolah-olah telah dilamar, Vida pada awalnya dilihat terkejut dan tertanya-tanya sejurus diberikan bungkusan besar yang siap dibungkus dengan kain songket.

“Saya dilamar? Siapa yang lamar? Jangan main-main terkejut… Bab lamar-lamar ni sensitif,” katanya sejurus membuka bungkusan yang diterima.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pada video sama, penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu turut bertanya siapa individu yang bertanggungjawab menghantar bingkisan tersebut kepadanya.

“Siapa pulak nak melamar saya ni? Jangan buat kerja gila hari Jumaat ni. Ingat benda main-main ke? Siapa punya kerja ni?,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang mengusik Vida susulan lamaran yang diterima dan tak kurang yang mendakwa video yang dimuat naik tak lebih daripada sekadar konten semata-mata.

“Rekod macam dah tahu je. Buat-buat terkejut ke?”

“Eh siapa pula yang lamar?”

“Beruntungnya orang itu memiliki Dato. Dato, please terima dengan hati terbuka. Jangan kecilkan hati insan yang melamar Dato ya.”

“Siapa yang lamar tu? Untuk jadi Dato. Saya ni tak ada orang nak lamar pun.”

“Uishh suspen je. Siapa tu Dato?”

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 100,000 kali tontonan bersama ribuan tanda suka.

Terdahulu, Vida yang sebelum ini pernah beberapa kali mendirikan rumah tangga sering kali dikaitkan mengenai isu berkaitan jodoh selepas menjalani hidup solo.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini


Published by
MH