Perkongsian terkini pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya pada Isnin mencuri perhatian ramai.
Di dalam video pendek tersebut, pelakon drama Lelakimu Yang Dulu dilihat mendukung anak lelakinya, Jebat Jayden sambil menciumnya beberapa kali.
Malah, Jebat juga seakan turut merindui bapanya apabila tidak melepaskan Sharnaaz dari pelukan.
“Im okey Insya-Allah. Baba loves you so much,” tulisnya ringkas.
Difahamkan, posting berkenaan dibuat sebaik aktor itu dibebaskan dengan jaminan polis susulan dakwaan satu kes yang berlaku di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Memetik laporan Harian Metro, Sharnaaz ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, berkata, dia sangat merindui anak tunggalnya itu dan menyifatkan isu yang berlaku sebagai satu dugaan.
“Nak jumpa anak saya dulu. Rindu yang tiada penghujungnya. Tak apa, ini dugaan untuk saya tapi kebenaran akan terjawab. Insya-Allah,” katanya sambil menuju ke sebuah kereta di luar IPD berkenaan.
Sehingga kini, video terbabit sudah pun menerima lebih 100,000 tanda suka dengan pelbagai komen yang telah ditinggalkan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/kX2N4Hm4YL0
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Kisah Pun, Anak Kan Anugerah Allah,” – Beby Maembong Kongsi Foto Hamil Bersama Emma
Kakak kepada Emma Maembong, Beby Maembong ada berkongsi foto kenangannya bersama adik tersayang pada Jumaat.
Beby atau nama sebenarnya, Nurulaini Ismail memuat naik foto mereka berdua menerusi satu entri terbaru di Instagram, @Bebyeejunior yang dikemas kini.
Tulis Beby, dia dan Emma tidak kisah mengenai jantina anak yang bakal lahir, memadai ia andai bayi yang dilahirkan sihat sempurna.
“Mummy & Miema masa ni Mummy 25 weeks dan Miema 12 weeks. So rasanya ni baby boy ke girl?
“Kita orang tak kisah pun, anak kan anugerah Allah. Janji sihat dan sempurna,” titip Beby.
Usahawan ini pada masa sama turut berkongsikan pengalaman hamil buat kali ketiganya.
“Mummy serabai sangat tu. Mengandung kali ni jadi serabai pula dan malas nak bersiap. Rambut serabai, muka tak mekap, baju pun tak iron,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Emma mencuri perhatian warga maya apabila mengumumkan dirinya hamil di Instagram.
Serentak dengan pengumuman gembira itu, para peminat tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah buat pelakon Cik Sempurna itu.
Foto: Instagram Bebyeejunior, Beby Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buang Ego, Tak Perlu Bergaduh,” – Sama-Sama Matang Nak Anak Bahagia, Keith Foo Jaga Hubungan Dengan Bekas Isteri
Meskipun sudah berpisah sejak tiga tahun lalu, pelakon, Keith Foo tetap menjaga hubungan baik dengan bekas isteri Kim Raymond demi kebahagiaan satu-satunya anak mereka.
Menurut Keith Foo, setiap pasangan yang memilih perceraian sebagai jalan terakhir perlu membuang perasaan ego dan berbincang secara baik terutama membabitkan hak penjagaan zuriat.
“Kami sama-sama matang. Walaupun tidak lagi suami isteri, kami masih ibu bapa kepada satu-satunya puteri kami yang kini sudah berusia enam tahun.
“Tidak perlu bergaduh berebut anak atau perkara yang tidak sepatutnya. Pada akhirnya, kita yang mahukan anak ini.
“Jadi, apapun yang berlaku diantara ibu dan ayah, kita tak boleh libatkan anak di dalam konflik peribadi.
“Kita kena ketepikan ego dan bersama-sama sebagai kawan untuk membesarkan anak ini. Saya pasti segalanya akan baik-baik sahaja,” katanya selepas sidang media drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan, semalam.
Dalam pada itu, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin juga mengakui belum terfikir untuk menamatkan zaman duda, sebaliknya bahagia menikmati kehidupan solo.
“Setakat ini saya tiada pula mencari calon isteri kerana masih seronok menjalani aktiviti harian selain bersyukur ada kerja, dapat melancong, berkhemah dan sebagainya.
“Kalau nak ke fasa seterusnya pun saya tak memilih atau meletakkan syarat tertentu tetapi kena ambil kira perasaan anak walaupun dia masih terlalu kecil.
“Asalkan anak selesa dengan si dia, sebab kalau letak banyak kriteria nanti takut pula tiada keserasian. Jadi tak gunanya terlampau cerewet,” ujarnya.
Sekadar informasi, Keith dan Kim Raymond telah mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar.
Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina tidak kekal lama apabila sah bercerai pada Disember 2019.
Berkongis mengenai peranannya di dalam filem Layang-Layang Perkahwinan, Keith membawakan watak sebagai Ammar Arafat yang juga merupakan bekas kekasih kepada salah seorang watak utama Saida Amanda yang dilakonkan oleh Ezzanie Jasny.
Ammar kembali muncul di dalam kehidupan Saida selepas suaminya berlaku curang dan berkahwin lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Bersujud Sehina-Hinanya Di HadapanMu ini,” – Penuh Makna Ucapan Suami Abby Abadi Sempena Ulang Tahun Perkahwinan
Suami kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria ada menitipan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5 tahun.
Menurut Faizal, air matanya mengalir sewaktu menuat naik ucapan tersebut kerana terlalu bersyukur dikurniakan isteri yang sebaik Abby.
View this post on InstagramA post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on
“5 Tahun Kita Bersama Abby Abadi. 5 tahun kita membina mahligai ini sayang @abby_abadi112.
“Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama 5 tahun ini lah aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan pada ku ini, kasih sayang yang tidak pernah luntur.
“Sayang, 5 tahun maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. 5 tahun, diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan, maaf ya sayang,” tulisnya.
Tambahnya lagi, sepanjang lima tahun ini, Faizal menyifatkan ini merupakan detik paling sempurna di dalam hidupnya.
“Namun, 5 tahun ini, kau terlalu sempurna untuk ku. Sikap kasih sayang mu senantiasa menebal dalam diri mu
“Kesabaran mu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa ada keluhan. Kau tabah hadapi segalanya, walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak memudarkan kasih sayangmu pada diri ini.
“Kutitipkan doa, agar Allah tempatkan mu di syurgaNya bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dan dirahmati kehidupanmu hingga akhir hayat,” katanya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh Faizal menerusi akaun Instagram miliknya.
Pada masa sama, Faizl turut menitipkan doa semoga Allah memelihari dan merahmati isterinya yang tercinta itu.
“Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu.
Ya Allah, Aku bersujud sehina-hinanya dihadapanMu ini. Kau peliharalah isteriku sebaik-baiknya.
“Jangan diberikan kesusahan dalam hidupnya, kau berikan kebahagian untuknya.
Kau tinggikan darjatnya, tempatkannya disyurgaMu bersama mereka yang menjadi kekasihMu.
“Ya Allah, Ku reda setiap apa yang isteriku lakukan. Tidak ada satu kesalahan pun dia lakukan terhadapku. Catitkan segala kebaikan yang isteriku lakukan agar dapat beratkan timbangan amal kebaikannya nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Faizal dan Abby mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Ogos 2015.
Pasangan tersebut pernah dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Kemudian pasangan tersebut membuat keputusan untuk mengambil tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
Sumber: Instagram Faizal Zakaria
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI