
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin telah berkongsi berita duka bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Rizman memaklumkan bapa tercintanya telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah, pagi ini.
Dalam pada itu, Rizman ada menitipkan kata-kata doa buat bapanya.
“Innalillahwainalillahirajiun.. Assalamualaikum.. Ayah sy Nordin baru saja dijemput Illahi..
“Alhamdulillah.. baba pergi dengan tenang didalam tidur sepertimana janjinya dengan Allah.
“Man doakan semoga baba berada didalam lindungan Allah, diampunkan segala dosa didunia dan diakhirat.
“Man doakan juga semoga roh baba dicucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang yang beriman,
“dipelihara di alam kubur serta diperluaskan kuburnya sepertimana salah satu taman syurga Allah dan semoga baba berada di alam sana dengan tenang.
“Ya Allah ya samii’, ya Allah ya Mujib, amin amin ya rabbalalamin,” tulisnya.
Foto: Instagram Rizman Nordin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pandai Dia Mengemas,” – Kongsi Video Marissa Berkemas, Netizen Kata Anak Kedua Memang Begitu

Memperlihatkan Marissa Dania sedang mengemas pakaian di booth jualan miliknya, Abby Abadi dilihat terhibur dengan keletah anak keduanya ini.
Kata Abby, Marissa seorang yang rajin, namun semuanya bergantung kepada mood.
“Awal pagi tadi. Pandai dia mengemas. Tak suruh pun tadi. Bilik diapun cantik tersusun. Ni 1st time ni, kira buleh di haraplah. Tp buat kerja, ikut angin jugak. Bila malas dia duduk belakang main hp.
“Pastu malas lagi, gi lepak duduk kt booth Papa Mummy pulak.. kita kata asyik hilang je, tolak gaji kang.. dia kata memang taknak pun… yelah tu! Taknak konon… geram jeeee dgr dia jawab.. nasib anak sendiri.
“Lain kali mmg kami perlukan pembantu kalau ikut event. Tapi tulah, harap dpt cari yg solat, tutup aurat, rajin & pandai buat kerja tanpa perlu disuruh.. Aminn.
“Ps: hotel ada wifi yey!”
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Setuju dengan kenyataan Abby, ulas netizen anak kedua sememangnya punya perangai yang sama, tidak boleh diduga.
Malah ada yang menawarkan diri untuk menjadi pekerja sambilan.
Foto – Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Abah Tengok Adik Kahwin Sekali Lagi,”- Intan Liana Salih Seloroh, Usik Bapa Kahwin Baru

Intan Liana Salih ada berkongsi foto bersama bapanya baru-baru ini di Instagram.
Foto tersebut melihatkan bekas isteri pemuzik bebas,Ude Wahid itu menitipkan ucapan hari jadi buat ayahnya.
“Happy birthday en saleh bin abu..semoga Allah panjangkan umur abah & stay hensem macho macam selalu..
“Terima kasih atas segalanya..Sentiasa ade ketika adik dalam keadaan kehampaan.
“Adik sayang abah!! I love you so much en saleh (tulis camni tapi abah takde ig).
“Kita tinggal abah je sorang…Adik nak abah tengok adik kahwin lagi sekali,” tulis Intan.
View this post on InstagramA post shared by doubleA??? (@__iiiintan.saleh) on
Menerusi ruangan komen pula, netizen turut memberi ucapan hari jadi kepada bapa Intan dan mendoakan agar ibu kepada dua orang anak itu dikurniakan jodoh baru.
Terdahulu, Intan dan Ude berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu.
Mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4 tahun dan Ariq Muqri, 2 tahun.
Foto : IG Intan Liana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Video Suapkan Nasi Ini Adalah Sehari Sebelum Abah Meninggal,” – Hajat Tunai Umrah Buat Bapa Tiap Tahun, Perkongsian Aliff Syukri Menyentuh Hati..

Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri malam tadi ada berkongsi sedutan video dirinya yang sempat mengisi masa bersama Allahyarham bapanya, sehari sebelum dijemput illahi.
Perkongsian yang dimuat naik hero filem Badang itu mencetuskan rasa sebak di hati netizen, sementelah video turut terpapar pelbagai momen usahawan tersebut bersama bapa kandungnya.
“Video suapkan nasi ini adalah sehari seblum abah meninggal.. kri tak sangka kri sempat suapkan abah makan buat kali terakhir dan abah pergi secara mengejut..dan antara moment yg pernah saya record..yg byk sy share di youtube saya.
“Abah saya berjanji dgn diri saya.. sy akan buatkan abah umrah setiap tahun selagi sy mampu,dan sy akn berusaha utk wakafkan rumah anak yatim atau tafiz utk abah saya kamarzaman bin kamaludin dan sy akan sembahyang dan tidak lalai dgn dunia.
“Saya buat mcm ni sbb nak abah mewah di sana sbb sy mungkin tak sempat buat smua ni kat dunia sbb terlalu sebuk… sy nak abah dan mak @bondarozitaibrahim bangga ada anak mcm saya kaya raya dunia dan akhirat itu kan yg abah impikan dan kri akan buktikan kat abah walapun abah dah menjadi arwah..tapi roh abah ada dalam jiwa saya,” tulisnya.
Malah, Aliff turut memaklumkan dirinya masih memerlukan semangat dan sokongan dari arwah bapa.
“Abahh kri tak kuat bahh.. abah.. .abah tolongg kri… kri masihh perlukn semangat dan doa abah.. kri lemah sgt abah lemah yg amat..yg teramat.
“Sebab abah, saya kuat
Sebab abah, saya bejaya
Sebab abah , saya harus redha
Tapi abah , saya masih gagal dalam menjadi anak yang terbaik.
saya mengharapkan abah tenang di alam sana
Abah, maafkan kri..
“Saya memohon semua rakan sy disini utk sedekahkan Al Fatihah dan titipan buat arwah abah saya Hj kamarzaman B Kamaludin… bagi sy inilah hadiah paling bernilai buat saya???? alfatiha.. adakah anda dpt rasa apa yg sy rsa sekrg? terima ksih,” kongsi Aliff panjang lebar.
Terdahulu, Allahyarham Kamarzaman Kamaludin,59, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru di Thomson Hospital, Kota Damansara.
Foto: Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI