Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal mendedahkan dia berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram, Musyrik – Api Neraka Menantimu!
Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu dibintangi Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama.
Turut serta, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.
Arjin, 33, berkata, antara kejadian pelik dilalui ketika babak Ruhainies memegang batu nesan di tanah perkuburan, jam 3 pagi.
“Batu nesan bukanlah props, sebaliknya saya menggunakan batu nesan sebenar diambil dari tanah perkuburan berkenaan bagi merealisasikan babak ini.
“Ia sepatutnya hanya satu babak panjang, tetapi apabila potong babak ini, kamera masih berpusing dan tidak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya,” katanya.
Arjin berkata, dia pelik dengan kejadian aneh itu kerana tidak pernah berdepan sebelum ini.
“Bayangkan, kamera masih menyala selepas ‘switch’ ditutup. Hanya selepas bateri dikeluarkan daripada kamera barulah ia berhenti berpusing,” katanya lagi.
Bukan sahaja dirinya berdepan kejadian aneh, kata Arjin, ia turut dialami salah seorang pelakon, Aishah yang melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril.
Ads
“Ia membabitkan babak Aishah baring dalam kubur. Secara tiba-tiba, seluruh badan Aishah ditumbuhi gelembung gatal dan penggambaran tidak dapat diteruskan.
“Aishah terpaksa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Keadaan Aishah hanya okay selepas berehat dan penggambaran hanya disambung semula pada keesokan harinya.
“Saya percaya kejadian aneh yang menimpa Aishah adalah gangguan mistik,” katanya jujur.
Mengulas mengenai lokasinya pula, Arjin berkata, penggambaran filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! membabitkan dua lokasi iaitu rumah kampung lama yang tidak berpenghuni dan tanah perkuburan.
“Saya masih ingat kami diminta penjaga menyiapkan babak di rumah lama berkenaan sehingga jam 12 tengah malam. Namun, babak dalam rumah hanya selesai pada jam 2 pagi.
Ads
“Seterusnya, kami terus ke lokasi tanah perkuburan. Ketika di tanah perkuburan, saya dapat merasakan sesuatu menyentuh belakang leher.
Saya percaya ia gangguan mistik, tetapi saya buat tak tahu,” katanya.
Arjin berkata, dia turut berdepan dengan kejadian aneh ketika penggambaran di kawasan hutan.
“Saya pergi belakang rumah untuk mencuci tangan, tetapi secara tiba-tiba, air paip berhenti mengalir.
“Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh,” katanya.
Ads
Mengulas adakah kru juga berdepan gangguan mistik, Arjin berkata, mereka tidak terlepas diganggu ketika penggambaran di kawasan hutan.
“Kawasan hutan itu hanya di belakang rumah lama tidak berpenghuni itu. Sebelum penggambaran, kru masuk hutan untuk memasang lampu terlebih dahulu.
“Secara tiba-tiba, lampu dipasang berkelip-kelip. Mujur, kru tidak panik dan buat tidak tahu hingga lampu menyala semula, sebelum penggambaran dimulakan,” katanya lagi.
Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysi pada 7 Julai depan. Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/v6EO1hetoCo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti popular Neelofa menzahirkan rasa syukur dan gembira di atas perkahwinan kakaknya, Noor Nabila bersama Engku Emran yang berlangsung pagi Jumaat.
Sambil mengharapkan agar bahtera perkahwinan yang dibina kekal hingga akhirnya, bekas hos program MeleTOP ini turut berdoa semoga ikatan yang terjalin terus dirahmati olehNya.
“Hari ini merupakan hari bahagia kakak saya, Noor Nabila.
“Saya berasa sangat gembira melihat Nabila meraih bahagia dan saya berharap agar kebahagian yang dilimpahkan kepadanya akan kekal sampai bila-bila.
“Doa dan harapan saya agar kedua mereka saling melengkapi, dan semoga Allah SWT merahmati rumah tangga Nabila dan suami sehingga ke akhir nadi syurga,” katanya kepada MH.
Neelofa menitipkan dedikasi tersebut sejurus majlis ijab kabul pasangan raja sehari itu disempurnakan kira-kira jam 10.00 pagi, di MasjidAt Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Terdahulu, Engku Emran Engku Zainal, 46 dan Nabila, 36, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dengan dinikahkan berwalikan adiknya, Mohamed Aqief Mohd Noor sebagai wakil.
Usahawan itu menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Bagaimanapun tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin berkenaan.
Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan.
Berlangsung dalam norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Majlis diraikan bersama kehadiran ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu tugas berat yang harus dipikul apabila anak saudara ciliknya yang dikenai sebagai Hana didakwa telah diculik keluarga ayahnya sendiri sewaktu berada di Lebanon.
Malah difahamkan, Hana kini sedang berada di Australia.
Menurut Taufik Batisah di Instagram (IG TV), sepupunya, Nur dan Baby Hana telah ditahan di Lebanon dan dikenakan sekatan untuk ke luar negara oleh pihak berkuasa di sana.
Sekatan yang dikenakan menghalang kedua-duanya untuk pulang ke Singapura.
Malah keluarga Taufik di Singapura telah berusaha berurusan dengan pihak guaman, namun kos yang diperlukan sangat tinggi.
“Assalamualaikum semua. Dengan hati yang berat, saya berkongsi cerita ini dengan anda dan saya harap anda dapat meluangkan sedikit masa anda. Ini anak saudara saya, Hana.
“Dia dilahirkan di Singapura dan dia memegang passport Singapura. Ibunya, sepupu saya Nur, adalah seorang warga Singapura dan bapanya adalah orang Lebanon asli. Yang kami percaya ada di Australia sekarang.
“Pada September 2017, Baby Hana bersama abangnya, Imam dan ibunya berangkat ke Lebanon untuk bertemu dengan neneknya atas permintaan ayahnya.
“Sebaik sahaja mereka berada di Lebanon, Baby Hana yang masih menyusu dirampas dari ibunya oleh keluarga ayahnya.
“Demi keselamatannya dan anak lelakinya, Nur tidak mempunyai pilihan selain meninggalkan Lebanon dengan Imam, tanpa adiknya, Baby Hana.”
“#BringBabyHanaHome 😢💔
“Assalamualaikum everyone.
“We truly hope that you can help us share this video & create awareness on this matter.
“My niece baby Hana & my cousin Nur is currently trapped in Lebanon and need your kind help to bring them home safely.
“If you have a few moments please watch the video.
“The family have started a funding page to seek funding to help bring them home.
“If you have the means please go to the link below:
Bekas juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid Baharudin yang kini meneruskan kerjaya seni bersama kumpulan Overall Band, mengesahkan dirinya sudah pun berpisah dengan isteri, Sarah Julifa Yusof.
Zahid mendirikan rumah tangga dengan wanita berkenaan sekitar tahun 2013 lalu.
Menjelaskan mengenai hal rumah tangganya menerusi program Melodi awal petang tadi, bintang berkenaan mengakui dia dan isteri sudah tiada persefahaman, tetapi bukan disebabkan oleh orang ketiga.
“Ia sangat personal kerana melibatkan rumah tangga saya. Biarlah saya dan bekas isteri yang menyelesaikannya. Betullah khabar angin tu, saya sudah berpisah dengab isteri.
“Lagu terbaru, Redha liriknya ada kisah mengenai rumah tangga kami jugalah. Akan tetapi kami berpisah secara baik,” katanya memetik Melodi.
Malah, penyanyi ini turut mengakui mereka sepakat untuk membawa haluan masing-masing selepas berbincang hampir setahun.
“Kami sudah berbincang mengenai hal ini kira-kita setahun, untuk berpisah. Agak kelam-kabut jugalah. Hari Khamis kami selesai perpisahan itu, hari Ahad hari jadinya. Tapi saya tetap berikan ucapan hari jadi kepada isteri,” katanya.
Zahid turut meminta maaf atas apa yang berlaku.
“Saya rasa bersalah juga apabila terjadi benda ini, berdekatan pula dengan tarikh hari jadi dia. Jadi saya minta maaf banyak-banyak terutama kepada famili bekas isteri.
“Harapnya hubungan kami sekeluarga tak akan putus sampai bila-bila,” pinta Zahid.
Ditanya mengenai punca perpisahan terhadap bahteria perkahwinannya, Zahid menafikan ia berpunca dari orang ketiga.
“Tidak ada orang ketiga atau pergaduhan. Cuma saya dan dia, sudah tidak ada persefahaman sebagai suami isteri. Hubungan yang ada untuk anak. Kami tetap berbaik,” jelas Zahid.
Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Zareef Nufael yang kini berusia 5 tahun.
Foto: Instagram Zahid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di...