
Pelakon, Farid Kamil mendedahkan babak bercumbu bersama aktres, Maya Karin yang dipaparkan di dalam filem seram terbaharu, Telaga Suriram berjaya direalisasikan menerusi teknik helah kamera.
Menurut Farid, pengarah, Osman Ali memberikan kebebasan kepada para pelakon untuk menentukan teknik lakonan sepanjang penggambaran berlangsung.
“Saya tak pernah buat babak bercumbu sebelum ini. Untuk pengetahuan anda semua, itu hanyalah helah kamera yang saya buat sendiri. Kami tidak bersentuhan langsung.
“Jika tidak percaya, anda boleh bertanya sendiri kepada Maya Karin dan jurukamera. Babak tersebut memang ada di dalam skrip tapi terjemahan dan apa yang ingin dilakukan ditentukan oleh saya dan Maya.
“Saya ikut apa kata pengarah dan jadikan babak tersebut nampak real. Sebolehnya saya ingin menjaga batas tidak buat perkara yang tidak sepatutnya,” katanya kepada MH.
Bapa kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana, Telaga Suriram, baru-baru ini.
Bersikap Profesional
Ditanya sama ada dia ada mempersoalkan kehendak pengarah, Farid memaklumkan dia akan sentiasa kekal profesional.
“Perubahan draft dan jalan cerita berlaku sepanjang kita adakan sesi rehearsal. Ketika saya tahu filem ini ada babak tersebut, dalam fikiran, saya sudah tahu apa yang ingin dan boleh dilakukan.
“Hal ini memerlukan kerjasama diantara saya dan rakan pelakon. Namun, saya ada rasa sedikit menjengkelkan bila buat bunyi ciuman itu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Farid turut memaklumkan antara babak paling mencabar di dalam filem ini adalah untuk melakonkan babak bertempur dengan menggunakan parang bersama pelakon Indonesia, Fauzi Baadila.
“Ketika kita melakonkan babak bertempur menggunakan senjata, ia mengambil masa selama setengah malam. Namun, kita diberikan masa empat hari lebih awal untuk mengadakan latihan di set lokasi.
“Fauzi juga berikan kerjasama yang sangat baik. Saya agak takut juga sebab tak biasa berlakon bersama. Tempur dengan senjata ini memerlukan koordinasi yang baik.
“Jika tersilap sedikit, kita boleh cedera. Alhamdulillah segalanya lancar,” akhirinya.
Selain Farid dan Fauzi, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Maya Karin, Nabila Huda, Ellie Suriaty dan Scha Alyahya.
Telaga Suriram bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI